Anwar Ibrahim 2022: 'Rehatkan Azam Baki Sekarang!' 2026: 'Tak Perlu Suspend, Dia Buat Kerja Bagus' – Apa Jadi Dengan Janji Bersih Rasuah?

Hahaha, post X ni dari 2022, masa Pakatan Harapan (PH) pembangkang, dan Anwar Ibrahim jadi hero rakyat kononnya. Baca je kenyataan media tu: 
"Azam Baki, Abu Zahar dan Borhan Dolah mesti direhatkan! Siasatan perlu bebas! Pegawai kanan SPRM wajib berkecuali!"

Bukan main lagi Anwar dulu, macam singa mengaum tuntut keadilan, anti-rasuah, reformasi segala. Dia kata SPRM tak boleh biar orang dalaman lindung sesama sendiri, mesti ada integriti, kredibiliti. Panas betul masa tu, sampai tuntut Azam Baki letak jawatan atau cuti taman sementara siasatan.

Fast forward ke 2026, Anwar dah jadi PM hampir 4 tahun. Azam Baki? Masih lagi Ketua Pesuruhjaya SPRM, malah kontrak dia dilanjutkan sampai Mei 2026!  

Baru-baru ni, Bloomberg keluar laporan kata Azam ada saham berjuta-juta ringgit melebihi had pegawai awam (RM800,000 kat Velocity Capital, lebih RM100,000 limit).  

Skandal lama 2022 ulang tayang, tapi kali ni lebih besar, ada dakwaan Azam rapat dengan 'mafia korporat', bantu rampas syarikat orang.  Rakyat dah mula bising, #TangkapAzamBaki trending lagi, ada demo depan Sogo esok. 

Tapi Anwar? Dulu dia tuntut "siasatan penuh, rehatkan dulu!" Sekarang? Awal-awal dia pertahankan Azam: 
"Kenapa nak pecat orang yang buat kerja?"
 
Baru semalam Kabinet dia umum bentuk jawatankuasa khas siasat, dipimpin Ketua Setiausaha Negara.  Azam kata dia "sedia disiasat", tapi polis bukak kes fitnah terhadap Bloomberg pulak!  

Macam lindung kawan lama je. Reformasi mana? Anti-rasuah mana? Anwar dulu kata SPRM kena bebas, tapi sekarang PM lantik Ketua SPRM, dan Azam masih selamat. 
Munafik tak? Dulu pembangkang, api membara; sekarang kuasa, jadi air suam. Rakyat yang kena bayar harga rasuah masih merajalela, tapi hero reformasi dah jadi bos besar yang tak nak ganggu 'kestabilan'. 

Kalau dulu Anwar baca post ni, dia sendiri mungkin retweet dengan hashtag #Reformasi. Sekarang? Diam seribu bahasa. 







Post a Comment

0 Comments