laporan Sinar Harian hari ini pasal kontroversi pemilikan saham Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM. Beliau cuba jelaskan kenapa pegangan sahamnya dikatakan melanggar peraturan penjawat awam, tapi ayat yang keluar tu buat saya terduduk.Katanya:
“Pembelian saham terdahulu tidak melibatkan modal berbayar, sebaliknya dibuat melalui pasaran terbuka.”
Serius ke ni, Tan Sri?Peraturan penjawat awam jelas sangat – Pekeliling Perkhidmatan (seperti yang dirujuk dalam pelbagai laporan, termasuk Pekeliling lama 2002 dan garis panduan terkini) hadkan pemilikan saham kepada maksimum RM100,000 dalam mana-mana syarikat.
Sebabnya logik: nak elak pertembungan kepentingan (conflict of interest) dan soalan “dari mana dapat duit banyak tu dengan gaji penjawat awam?”
Tapi yang saya tak faham, kenapa seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM yang setiap hari urus kes-kes rasuah kolar putih, manipulasi saham, insider trading, dan transaksi kewangan kompleks macam terkeliru dengan konsep asas saham.
Mari kita clear kan:
- Beli saham di pasaran terbuka (Bursa Malaysia) tu memang tak terus suntik modal baru ke syarikat tu (bukan IPO atau terbitan baru).
- Tapi saham yang awak beli tu tetap modal berbayar syarikat tu sejak asal.
- Awak jadi pemilik sebahagian kecil syarikat tu.
- Duit yang awak bayar pergi kepada penjual sebelumnya, tapi pegangan awak tu kekal sebagai bahagian daripada modal berbayar syarikat.
- Jadi, cakap “tidak melibatkan modal berbayar” tu tak tepat langsung.
- Semua saham senaraian awam yang dibeli di pasaran terbuka adalah sebahagian daripada modal berbayar syarikat tersebut.
Takkan basic macam ni pun keliru? Atau ada salah faham besar dalam penjelasan tu?
Saya tak tahu sama ada:
- Tan Sri Azam Baki tak faham peraturan penjawat awam tu sendiri (yang had RM100,000 tu).
- Tak faham konsep saham secara umum.
- Atau sengaja terkeliru antara “modal berbayar” dengan “suntikan modal baru”.
Apa-apa pun, bila Ketua SPRM bagi penjelasan macam ni, ia buat orang ramai tertanya-tanya: Macam mana nak percaya SPRM siasat kes saham, insider trading, atau salah guna kuasa kewangan kalau asas konsep tu sendiri nampak shaky?
Mungkin lebih baik Tan Sri ambil cuti sekejap, balik kelas asas kewangan korporat, dan clear kan pemahaman pasal saham sebelum terus kemudi agensi anti-rasuah negara.Rakyat layak dapat Ketua SPRM yang bukan saja bersih, tapi juga faham betul-betul apa yang disiasat setiap hari.
Coretan Asal : Rafizi Ramli
0 Comments