Isu Kuil Tanah Yayasan Kubra - MPS Bisu? Tamim Dahri Mangsa Keadaan?

Isu panas ni memang betul-betul menunjukkan standard dua negara kita yang kadang-kadang buat orang geleng kepala berulang kali. Satu pihak, Yayasan Kubra sebagai pemilik tanah hak milik yang sah, dah report kepada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) sejak Mac 2022. MPS pun balas surat, kata jelas: “Pemilik perlu bertanggungjawab untuk menyelesaikan perkara ini kerana kuil/pondok berada di dalam tanah hakmilik.” Maksudnya? “Korang settle sendiri la, kami cuci tangan.”

Yayasan Kubra pun panggil Tamim Dahri untuk tolong bersihkan struktur haram yang dah menceroboh tanah mereka sejak 2018 (bukan semalam petang). Tamim pergi, buat kerja pembersihan, tapi apa jadi? Dia dikepung, kena panggil polis untuk selamatkan diri, lepas tu ditahan polis, direman 2 hari, dan dibawa ke Mahkamah Selayang. 

Penceroboh tanah tidur lena di rumah, Tamim yang tolong pemilik tanah tidur di lokap. Klasik Malaysia betul. Bayangkan, pemilik tanah ikut prosedur, dapat green light dari PBT untuk handle sendiri, tapi bila execute, tiba-tiba polis masuk campur dan tahan orang yang buat kerja tu. 

Kalau binaan haram atas tanah kerajaan, JCB datang terus roboh tanpa soal. Tapi bila atas tanah swasta Melayu/Islam, tiba-tiba kena sensitif, kena harmoni, kena runding panjang. Double standard level dewa.Dan sekarang isu ni dipolitikkan habis-habisan, ada yang kata “rasuah kuil”, ada yang kata “serang agama”, padahal hak asas pemilik tanah je. 

Sultan pun pernah titah pasal isu binaan haram, PM pun pernah cakap pasal “clean up”, tapi bila execute, eh tetiba salah. Siapa yang zalim sebenarnya? Yang ceroboh tanah bertahun-tahun tanpa hukuman, atau yang cuba reclaim hak milik ikut saluran?

Di Malaysia, hak milik tanah nampak macam ada, tapi bila melibatkan “sensitif”, tiba-tiba hak tu kena suspend demi “keharmonian”. Selagi sistem macam ni, isu binaan haram akan terus jadi bom masa. Tamim mungkin tidur di lokap malam ni, tapi soalan besar: 

Bila pemilik tanah boleh reclaim hak mereka tanpa kena hukum balik? 

Sumber utama:
Surat MPS kepada Yayasan Kubra (Mac 2022) – disebut secara meluas dalam hantaran Firdaus Wong dan Harakahdaily.
Laporan penahanan Tamim Dahri – Malaysiakini, Harakahdaily (12 Feb 2026), TV Pertiwi, Malaysia Tribune.
Kronologi cerobohan sejak 2018 – hantaran aktivis dan media seperti MYNEWSHUB serta thread di X.






Post a Comment

0 Comments