Malware Android terbaru dikenali sebagai Perseus kini menjadi ancaman serius kepada pengguna telefon pintar, terutama yang menyimpan password dan maklumat sensitif dalam aplikasi nota.
Perseus disebarkan melalui aplikasi palsu seperti IPTV atau APK luar, dan selepas dipasang, ia boleh mengambil alih peranti, merakam skrin, serta mencuri data melalui teknik “overlay” login palsu.
Apa yang membezakan Perseus adalah keupayaannya mengimbas nota peribadi pengguna untuk mencari:
- Password
- Maklumat bank
- Recovery phrase crypto
Ini menjadikan pengguna yang simpan data penting dalam Notes sebagai sasaran utama.
Setakat ini, serangan dilaporkan fokus kepada sektor kewangan dan crypto, namun risiko boleh merebak secara global dengan cepat.
Cara elak:
- Elakkan install APK luar
- Jangan simpan password dalam Notes
- Gunakan password manager
- Update sistem telefon secara berkala
Perseus menunjukkan trend baru serangan siber, bukan sekadar hack sistem, tetapi eksploitasi tabiat pengguna. Telefon kini adalah “bank digital”, dan kecuaian kecil boleh membawa padah besar.

0 Comments