RM1 Bilion Thaipusam ‘Ditembak’ Ramzi Ramli: Jangan Samakan Kuil Dengan Ekonomi Perayaan, Masjid Juga Bukan Untuk Dibanding!

Perkongsian oleh pengguna Facebook, Ramzi Ramli, mencetuskan perhatian apabila beliau mempersoalkan dakwaan bahawa kuil Hindu menjana sehingga RM1 bilion kepada ekonomi negara sempena Thaipusam. Menurutnya, angka tersebut sebenarnya merujuk kepada keseluruhan aktiviti ekonomi sepanjang perayaan, bukan hasil langsung daripada kuil semata-mata.

Ramzi menegaskan bahawa perbandingan antara rumah ibadat menjadi tidak adil apabila dicampurkan dengan skala ekonomi festival. Sebagai perbandingan, beliau menyentuh kesan ekonomi semasa Hari Raya Aidilfitri yang melibatkan bazar Ramadan, persiapan raya, sektor peruncitan, logistik dan zakat, dengan anggaran aliran ekonomi mencecah puluhan bilion ringgit.

Angka Dakwaan: Ekonomi Raya Cecah Puluhan Bilion

Dalam ulasan tersebut, beberapa anggaran kasar dikongsikan bagi menunjukkan skala ekonomi semasa Ramadan dan Aidilfitri:
  • Bazar Ramadan (30 hari): sekitar RM3.2 bilion
  • Perbelanjaan persiapan raya: dianggarkan RM10–15 bilion
  • Lonjakan sektor retail & borong: tambahan sekitar RM37.5 bilion
  • Pengangkutan & balik kampung: lebih RM1.5 bilion
  • Zakat: melebihi RM2 bilion
  • Hospitaliti & open house: ratusan juta ringgit
Secara keseluruhan, beliau menganggarkan aliran ekonomi tambahan mencecah kira-kira RM57.5 bilion sepanjang musim tersebut.

Walaupun mengemukakan perbandingan tersebut, beliau turut mengingatkan bahawa masyarakat tidak sepatutnya terjebak dalam naratif membandingkan agama. Katanya, rumah ibadat adalah tempat ibadah dan bukan untuk diukur berdasarkan sumbangan ekonomi, sebaliknya semua pihak perlu memberi fokus kepada usaha memajukan ekonomi negara secara bersama.



Post a Comment

0 Comments