🚨 Hampir 3 Jam Menghadap Tuanku Muhriz, Apa Langkah UMNO Untuk Negeri Sembilan?

Kemelut politik Negeri Sembilan kembali menjadi perhatian hari ini apabila Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Hinggap.

Pertemuan yang bermula sekitar jam 11 pagi itu berlangsung hampir tiga jam. Turut dilihat memasuki Istana Hinggap ialah Undang Luak Sungai Ujong, Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau, Hassan Ab Hamid.

Bagaimanapun, setakat ini tiada kenyataan rasmi mengenai hasil pertemuan tersebut. Ismail dilaporkan meninggalkan istana melalui laluan belakang, manakala Hassan ketika ditanya media hanya menjawab, “Tak selesai lagi.”

Pertemuan itu berlaku selepas pelantikan 10 Exco Negeri Sembilan dibatalkan berkuat kuasa 20 September dan keputusan tersebut diwartakan pada 24 September. Warta menyatakan pembatalan dibuat mengikut Perkara XXXVIII(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Persoalannya sekarang, apa langkah UMNO seterusnya? Adakah senarai Exco baharu akan dikemukakan untuk pertimbangan Tuanku Muhriz, atau masih ada perkara lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu?

Buat masa ini, jawapan rasmi selepas pertemuan hampir tiga jam itu masih belum diumumkan.

Sumber: Awani, pRn, bernama



Post a Comment

0 Comments

Teruskan membaca
Memuatkan lagi artikel...