Bila hutang dah terlalu banyak dan bayaran mula tertunggak, ramai mula fikir satu benda, nak jumpa AKPK selesaikan hutang atau mufliskan diri sendiri?
Ada juga yang percaya kalau muflis, hutang akan selesai dan nama boleh “bersih” semula. Tapi sebenarnya perkara ini tak semudah itu.
Pertama sekali, ada satu salah faham yang perlu dibetulkan
CCRIS bukan blacklist.
Bank Negara Malaysia sendiri menjelaskan bahawa CCRIS ialah sistem yang merekodkan maklumat pembiayaan dan sejarah bayaran balik seseorang. Ia bukan senarai hitam peminjam. Bank pula membuat penilaian kredit berdasarkan pelbagai maklumat sebelum meluluskan pinjaman.
Jadi kalau permohonan pinjaman ditolak, tak semestinya seseorang itu “kena blacklist”.
Kalau hutang dah tak mampu bayar, AKPK boleh jadi pilihan
Bagi individu yang masih belum muflis tetapi sudah susah nak menguruskan hutang, Bank Negara Malaysia menyatakan bahawa AKPK menyediakan khidmat kaunseling kredit, pengurusan kewangan dan penjadualan semula hutang.
Maksudnya, sebelum fikir tentang muflis, seseorang boleh mendapatkan nasihat dan melihat sama ada bayaran hutang boleh disusun semula mengikut kemampuan.
Bagaimana pula kalau mufliskan diri sendiri?
Jadi, muflis boleh “clearkan” nama?
Bukan macam tekan butang reset.
Selepas pelepasan kebankrapan, maklumat kebankrapan tidak semestinya terus hilang daripada laporan kredit pada hari yang sama. Akta berkaitan pelaporan kredit menetapkan bahawa maklumat kebankrapan tidak boleh dizahirkan oleh agensi pelaporan kredit selepas dua tahun daripada tarikh pelepasan, tertakluk kepada peruntukan yang berkaitan.
Jadi kalau masalah masih boleh diurus melalui penyusunan semula hutang, dapatkan nasihat AKPK dahulu dan fahamkan keadaan kewangan sendiri sebelum membuat keputusan sebesar pengisytiharan muflis.
Muflis bukan jalan pintas untuk membersihkan nama. Ia satu proses undang-undang dengan kesan kewangan yang besar.
Sumber: BNM FAQ BNM CCRIS Mdi bankrap mdi treasury

0 Comments