Peminat game perlumbaan era 2000-an pasti kenal Need for Speed: Underground 2. Game yang popular sekitar tahun 2004 ini kini boleh dimainkan terus melalui browser tanpa perlu memasang game seperti dahulu.
Lebih menarik, ia boleh dibuka menggunakan telefon pintar. Kami sendiri sudah mencuba melalui browser telefon dan memang boleh masuk serta bermain!
Projek ini dikenali sebagai Underground 2 Revived, hasil pembangunan komuniti dengan bantuan Claude Code.
Bagaimana Game PC Boleh Berjalan Dalam Browser?
Projek ini menggunakan teknologi WebAssembly dan WebGPU untuk membawa game asal ke persekitaran browser.
Antara fungsi yang disediakan:
- Boleh dimainkan melalui browser komputer dan telefon.
- Kawalan sentuh untuk telefon.
- Sokongan keyboard, mouse dan controller.
- Grafik widescreen dan pilihan sehingga 120 FPS, bergantung kepada peranti.
- Multiplayer online dan free roam.
- Boleh memandu bersama pemain lain dalam bandar Bayview.
Pembangun turut menggunakan Claude Code untuk membantu proses pembangunan. Namun, projek ini juga menggunakan asas kerja teknikal komuniti seperti NFSU2Recomp.
Bukan Sekadar Main Seorang Diri
Antara tarikan utama ialah fungsi multiplayer. Pemain boleh memasuki dunia permainan yang sama, memandu secara free roam dan menyertai perlumbaan online.
Jadi, pengalaman NFS Underground 2 bukan lagi terhad kepada permainan seorang diri seperti zaman dahulu.
Cara Main Melalui Telefon
- Buka Google Chrome.
- Layari laman >> https://nfsu2.xyz/
- Tunggu game selesai dimuatkan.
- Tekan Play dan gunakan kawalan pada skrin.
<PRIVATE_PERSON> pertama kali memuatkan game mungkin mengambil masa kerana data permainan agak besar, sekitar 2GB jika dimuat turun sepenuhnya.
Prestasi bergantung kepada spesifikasi telefon dan sokongan browser. Projek ini juga bukan keluaran rasmi Electronic Arts (EA).
GitHub projek: https://github.com/th0mk/nfsu2-web
Serius mindblow! Game PC tahun 2004 kini boleh dimainkan terus melalui browser smartphone koranh dan lengkap dengan multiplayer.
Projek ini juga menunjukkan bagaimana AI seperti Claude Code boleh membantu pembangun menghidupkan semula perisian dan game klasik menggunakan teknologi moden.
Kalau pernah main NFS Underground 2 dahulu, bolehlah cuba sendiri. Korang rasa lancar tak main menggunakan telefon?
