Showing posts with label BAN Aplikasi. Show all posts

Waze Bakal Diharamkan Di Malaysia? Lebih 6 Juta Pengguna Mungkin Terjejas!

Kerajaan Malaysia tidak menolak kemungkinan melarang penggunaan aplikasi navigasi Waze di seluruh negara selepas menilai alternatif tempatan, termasuk aplikasi TuJu. Perkembangan itu mencetuskan kebimbangan kerana Waze digunakan oleh jutaan rakyat untuk mencari laluan terpantas, mengelakkan kesesakan dan mendapatkan maklumat trafik secara langsung.

Yeo Bee Yin Persoal Larangan Waze

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Yeo Bee Yin, memberi amaran bahawa larangan menyeluruh terhadap Waze boleh mengganggu perjalanan harian serta menjejaskan sektor logistik dan ekonomi gig.

Yeo Bee turut mempersoalkan sama ada aplikasi TuJu mampu menandingi keupayaan Waze, khususnya dari segi ketepatan laluan, kemas kini trafik masa nyata dan laporan keadaan jalan. Menurutnya, kerajaan perlu menilai alternatif yang benar-benar berkesan sebelum membuat keputusan yang boleh menjejaskan lebih enam juta pengguna jalan raya.

Kenapa Kerajaan Mahu Sekat Waze?

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini menjelaskan bahawa kebimbangan kerajaan berkaitan keselamatan data dan bidang kuasa undang-undang Israel menjadi antara faktor tindakan tersebut.

Setakat ini, larangan yang telah berkuat kuasa adalah terhadap penjawat awam ketika menjalankan urusan rasmi kerajaan. Cadangan larangan kepada seluruh rakyat masih belum menjadi keputusan muktamad.

TuJu Mampu Gantikan Waze?

Aplikasi TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersama syarikat pemajunya sedang melalui proses penambahbaikan selepas pengguna melaporkan beberapa masalah teknikal.

Persoalannya, mampukah TuJu menawarkan pengalaman navigasi setanding Waze sebelum kerajaan membuat keputusan lebih besar

Buat masa ini, pengguna awam belum dikenakan larangan menyeluruh terhadap Waze. Perkembangan seterusnya bergantung pada penilaian kerajaan dan keupayaan aplikasi alternatif tempatan.

Sumber: Malay Mail, Bernama dan Malaysiakini.


BOOM! Google's AI Can Build Android Apps From Simple Prompts — Is Coding Becoming Obsolete?


Ever wished you could build your own Android app without spending weeks learning programming? Maybe you want a simple expense tracker, a personal task manager, a study tool, or an app designed around your daily routine. Google is making that idea more practical with Google AI Studio, its AI-powered development platform. You can describe what you want in plain English, and the AI can help generate a native Android app.

Now, Google is making it easier to run these personal apps on your own phone through Google Play. The interesting part is that you do not necessarily need to publish your creation as a public app for everyone to download. Here is why this development matters and what you should know before trying it.

Build an Android App by Describing Your Idea

Traditionally, creating an Android app requires programming knowledge, development tools, testing and plenty of time. Google AI Studio aims to simplify that process. Instead of writing every line of code yourself, you can describe the app you want to create. For example:

  • A daily expense tracker that records spending.
  • A personal productivity app with tasks and reminders.
  • A revision tool for students.
  • A simple inventory manager for a small business.
  • A custom calculator for work-related tasks.

Google AI Studio can generate a native Android project using Kotlin and Jetpack Compose. You can then preview the result in a browser-based Android emulator and refine it by giving the AI additional instructions.

This is different from simply creating a website that looks like a mobile app. The tool generates an Android project designed for the Android platform. Of course, the result still needs testing. AI-generated code can contain errors, and a detailed app may require several rounds of adjustments.

Google Play Now Supports Personal AI-Built Apps

One of the biggest developments is Google's new option for launching personal apps through Google Play. Previously, getting an AI-generated Android app onto a physical phone could involve connecting the device to a computer or using a developer account and testing workflow.

Google's new personal-app feature aims to make this process easier. Eligible users can access their own apps through a private section of Google Play using a standard Google account.

These personal apps are kept separate from the public Play Store catalogue. They are not listed as ordinary public apps for other users to discover and download. Google has also indicated plans to let users share their creations with selected people in the future.

However, the rollout initially targets users in the United States who are aged 18 and above. Availability in Malaysia has not been confirmed in the announcement, so Malaysian users should not assume they can access the same feature immediately.

You Do Not Need to Become a Programmer Overnight

The appeal of AI app development is not necessarily that it will replace professional developers. It is that people can experiment with ideas that might previously have been too expensive or complicated to build.

Imagine running a small business and needing a basic stock tracker that matches your workflow. Instead of searching through dozens of apps, you could describe the features you need and let AI generate an initial version.

Office workers could experiment with custom calculators or data-entry tools. Students could create revision apps tailored to their subjects. Hobbyists could build simple utilities for personal projects.

The biggest advantage is flexibility: you can start with a basic idea and improve it through follow-up prompts.

But there is an important distinction between creating a working prototype and building reliable software that people can depend on every day.

Is It Really Free?

Google AI Studio offers a way to experiment with app creation, but users should not assume every feature or future use will always be free. Costs can depend on the services, APIs and other resources an app uses. Publishing a public app also involves a different process from keeping a personal app on your own device.

For simple utilities, you may be able to get started without paying for a professional development setup. More complex apps may require additional services, technical work or ongoing maintenance. Before building anything substantial, check the current terms, usage limits and requirements of the tools involved.

There Are Still Important Limitations

AI makes app development more accessible, but it does not eliminate every technical challenge.

Google AI Studio's Android workflow has limitations, including its supported project structure and the types of integrations available. Features that need a server-side system, secure secret management or certain backend services may require a different development approach.

You should also test an app on a real device rather than relying entirely on a browser preview.

Security deserves particular attention. A personal app that handles passwords, financial information, customer records or other sensitive data should not be trusted simply because AI generated it.

Review permissions, avoid placing API keys or passwords directly in app code, and check how information is stored and transmitted. Apps generated for personal use should not automatically be treated as professionally audited software.

Does This Mean Anyone Can Create the Next Big App?

Not quite, but it lowers the barrier to experimentation.

Someone with a useful idea can now get much closer to a working Android prototype without first mastering an entire programming language. That could encourage more people to solve their own problems with software.

Professional development still matters when an app needs strong security, reliable performance, complex integrations, accessibility, long-term support or a large user base.

The more realistic future is one where AI handles more of the initial coding while humans define the problem, evaluate the results and make sure the software actually works.

Final Verdict: A Promising Step for Everyday Android Users

Google AI Studio's app-building capabilities could make a real difference for people who need simple, personalised tools but do not have the time or budget to develop them from scratch.

The new personal-app option on Google Play is particularly interesting because it reduces the friction between building an app and actually using it on a phone.

The main catch is availability: the latest personal-app rollout is initially limited to eligible users in the United States, and wider access has not been confirmed.

Still, the direction is clear. AI is making it easier to move from an idea to a working software prototype.


Sources

MyKad Baharu Tak Boleh Scan? Ini Sebab Kenapa Beberapa App & Bank Gagal Kenal Kad Baru


Ramai yang baru dapat MyKad Generasi Baharu mungkin ingat semuanya akan terus berjalan macam biasa. Tapi sekarang timbul satu masalah yang mungkin buat sesetengah pengguna pening kepala.

MyKad baharu dilaporkan masih belum boleh digunakan untuk proses pengesahan identiti di beberapa aplikasi dan perkhidmatan digital.

Antara yang telah diuji dan dilaporkan menghadapi masalah ialah Touch ’n Go eWallet, Ryt Bank, AEON Bank dan GXBank ketika proses e-KYC.

Masalah ini bukan kerana MyKad baharu tidak sah. Sebaliknya, ia lebih kepada sistem yang digunakan oleh sesetengah aplikasi masih belum dikemas kini untuk mengenali reka bentuk MyKad yang baharu.

Apa yang berubah pada MyKad baharu?

MyKad Generasi Baharu mula dikeluarkan secara berperingkat pada 17 September 2026. Reka bentuknya memang agak berbeza daripada MyKad yang kita biasa gunakan sebelum ini. Antara perubahan yang ketara ialah kedudukan gambar pemegang kad serta kedudukan cip yang kini berada di bahagian belakang kad.

JPN turut menyatakan MyKad Generasi Baharu mempunyai penambahbaikan dari segi reka bentuk, keselamatan dan fungsi. Nombor kad pengenalan serta maklumat peribadi pemegang tidak berubah. Masalahnya, sistem e-KYC sesetengah aplikasi biasanya menggunakan teknologi untuk membaca dan mengenal pasti maklumat pada kad pengenalan.

Apabila reka bentuk kad berubah, sistem tersebut mungkin memerlukan kemas kini supaya boleh mengenali susunan baharu.

MyDigital ID pun belum boleh daftar online?

Bagi pengguna kali pertama, MyDigital ID ketika ini belum menyokong pendaftaran secara online menggunakan MyKad Generasi Baharu. Apabila kad baharu cuba diimbas, aplikasi boleh memaparkan mesej seperti kad pengenalan yang salah dikesan.

Menurut MyDigital ID, sokongan pendaftaran online menggunakan MyKad baharu dijadualkan tersedia mulai 1 Oktober 2026. Jadi kalau baru dapat MyKad baharu dan cuba daftar MyDigital ID melalui telefon tetapi gagal, jangan terus fikir kad bermasalah.

Kemungkinan besar sistem tersebut masih dalam proses menyesuaikan sokongan untuk kad generasi baharu.

Kalau nak daftar MyDigital ID sekarang macam mana?

Ada beberapa pilihan. Untuk pengguna kali pertama yang menggunakan MyKad baharu, pendaftaran sementara boleh dibuat melalui kiosk MyDigital ID fizikal.

MyDigital ID memaklumkan terdapat hampir 700 kiosk di seluruh negara. Satu lagi pilihan ialah membuat prapendaftaran MyDigital ID ketika berurusan di kaunter JPN bagi permohonan atau penggantian MyKad.

Selepas prapendaftaran dibuat, pengguna boleh meneruskan proses pendaftaran melalui telefon tanpa perlu mengimbas MyKad seperti proses e-KYC biasa. Ada satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian.

Cip MyKad baharu berada di bahagian belakang.

Jadi apabila menggunakan pembaca kad fizikal tertentu, kedudukan kad mungkin perlu diterbalikkan berbanding cara menggunakan MyKad lama.

Jangan pelik kalau bank atau eWallet belum boleh baca

Setakat laporan ujian yang diterbitkan, MyKad baharu telah dilaporkan ditolak dalam proses e-KYC bagi beberapa platform seperti:

  • Touch ’n Go eWallet
  • Ryt Bank
  • AEON Bank
  • GXBank

Ini tidak bermaksud semua pengguna platform tersebut akan mengalami masalah atau semua sistem bank di Malaysia tidak boleh menerima MyKad baharu. Ia menunjukkan bahawa keserasian sistem masih sedang dikemas kini.

JPN sendiri menyatakan penyesuaian untuk urusan bank dan perkhidmatan lain akan dibuat secara berperingkat bersama pihak berkaitan.

Perlu ke kita cepat-cepat tukar MyKad lama?

Kalau MyKad lama masih elok dan masih boleh digunakan, tak perlu panik untuk menukarnya semata-mata kerana MyKad baharu sudah dilancarkan. JPN menyatakan pemegang MyKad sedia ada tidak perlu tergesa-gesa menggantikannya sekiranya kad masih dalam keadaan baik.

Ini mungkin perkara paling penting untuk diketahui. Sebab kalau anda masih menggunakan MyKad lama, anda tidak perlu berdepan dengan kemungkinan sistem tertentu belum mengenali reka bentuk MyKad baharu.

Touch ’n Go dalam MyKad pun sudah tiada

Satu lagi perubahan yang ramai mungkin perasan ialah MyKad Generasi Baharu tidak lagi mempunyai kemudahan Touch ’n Go terbina dalam kad tersebut. Kalau sebelum ini anda gunakan MyKad sebagai kad Touch ’n Go untuk tol atau pengangkutan, anda perlu menggunakan kad Touch ’n Go berasingan atau Touch ’n Go eWallet.

Jadi MyKad baharu sebenarnya bukan sekadar tukar rupa. Ada beberapa perubahan fizikal dan fungsi yang menyebabkan sistem serta cara kita menggunakan kad tersebut turut berubah.

Bila semua masalah ini akan selesai?

Untuk MyDigital ID, tarikh yang telah dinyatakan ialah 1 Oktober 2026 bagi sokongan pendaftaran online menggunakan MyKad Generasi Baharu. Untuk aplikasi bank, eWallet dan perkhidmatan lain pula, proses penyesuaian bergantung kepada setiap penyedia perkhidmatan.

Jadi kalau baru dapat MyKad baharu dan tiba-tiba sesuatu aplikasi gagal membaca kad ketika proses e-KYC, jangan terus anggap kad rosak atau tidak sah. Semak dahulu sama ada aplikasi tersebut sudah menyokong MyKad Generasi Baharu.

Buat masa ini, nampaknya masalah utama bukan pada kad. Kad sudah berubah, tetapi sebahagian sistem digital masih mengejar perubahan tersebut.