Golongan meleis ini ada di mana-mana. Nama jer islam, tapi bila ada saudara baru, mereka menggunakan istilah nasionalisme dengan cuba menidakkan keikhlasan saudara baru memeluk islam. Pelik bin Bangang itulah namanya. Bila non muslim kutuk islam, bukan main pertahankan, siap dengan takbir bersahaja. Tapi bila ada saudara baru, mereka kutuk dengan semangat nasionalishit.

Tak perlu pelik dengan perangai orang malaysia yang terlalu nasionalis. Bercakap tentang islam, tetapi perjuangan hanya bersandarkan kepada melayu semata-mata. Sedangkan islam itu menyeluruh tanpa mengira bangsa. Adakah disebabkan "sekolah kebangsaan" menjadikan generasi baru terlalu taksub dengan semangat bangsa sehingga melebihkan bangsa daripada agama.

Kepada saudara baru islam ini, tabahkan hati dan semoga allah memberkati dan membantu dalam mencari keredhaan yang sebenar.

Korang ada dengar konvoi berkenaan "mempertahankan kalimah allah". Tetapi konvoi penuh dengan semangat nasionalisma dan tidak mengikut ajaran allah. Itulah kebangangan umat islam hari ini.


info : Adam Corrie