Adakah dengan bertindak secara membabi buta begini dendam kesumat dalam hati boleh hilang. Aku harap kita semua dijauhi daripada ujian getir ni. Banyakkan berdoa untuk keselamatan sejagat.
Marahkan suami, isteri jadi mangsa. Itulah nasib malang menimpa seorang wanita apabila diculik dan dirogol oleh samseng yang diupah lelaki yang marah serta berdendam dengan suaminya.
Mangsa yang berusia 28 tahun diculik ketika menikmati hidangan di restoran di Setapak, di sini, jam 3 pagi Ahad lalu, sebelum dirogol di satu kawasan hutan di pinggir ibu negara.
Ketika mangsa asyik menjamu selera bersama suami dan keluarga mentuanya empat lelaki berpakaian serba hitam serta bersenjatakan parang dipercayai samseng upahan menghampirinya.
“Empat lelaki berusia 30-an itu nekad melarikan mangsa di depan suami dan keluarga mentuanya. Walaupun, ada cubaan menyelamatkan mangsa, namun gagal kerana suspek bersenjatakan parang.
“Malah, seorang daripada suspek mengacukan parang di leher suami mangsa yang berusia 30-an,” katanya, semalam. Menurutnya, keempat-empat lelaki terbabit mengikat mata dan tangan mangsa sebelum mengheretnya masuk ke dalam kereta, lalu dibawa pergi.Ketika di dalam kenderaan mangsa menangis dan merayu minta dibebaskan, namun tidak diendahkan suspek, malah mangsa diancam untuk dicederakan dengan parang.
“Empat penjenayah itu membawa mangsa ke kawasan hutan dan di situ mangsa diserahkan kepada seorang lelaki yang dipercayai menjadi dalang penculikan itu.
“Lelaki terbabit yang mengupah suspek menculik mangsa kemudian merogolnya. Selepas itu dia dengan selamba berkata menculik dan merogol mangsa kerana berdendam dengan suami mangsa,” katanya.Selepas itu mangsa dibawa semula menaiki kereta oleh empat suspek yang menculiknya ke lokasi lain, tetapi di dalam perjalanan itu mangsa membuat helah mahu membuang air kecil. Sumber itu berkata, apabila mangsa dibenarkan keluar kereta di satu perhentian rehat, seorang daripada penculik itu memberitahu dia kasihankan mangsa dan menyuruh mangsa melarikan diri.
“Mangsa meloloskan diri jam 9 malam hari sama. Dia dibantu sepasang suami isteri di hentian rehat itu dan dibawa ke ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi membuat laporan kejadian,” katanya
Info Asal : Hmetro
12 Comments
agak2 ni penyokong JDT ke. bangang nak mampos.
ReplyDeleteMak aiii.. dahsyat gila
ReplyDeletedahsyatnya
ReplyDeleteManusia ke binatang cilaka ni
ReplyDeletecilaka tu spesis Manutang homobabiens
DeleteApa bangsa gangster ni. Geng mana? Dedah ajelah.
ReplyDeletegeng penculik baik dan jahat. OPS cantas tak layan kes mcm ni.
DeleteBhai Carlos...
ReplyDeleteKalu ikut kronologi citer... Ini kerja Tiga Line.... hahahaha.... Giler dan bangang aaa
dendam..kononnya demi kepuasan..
ReplyDeletepdhl manusia xkn merasa puas..
sbnrnya, yg puas dlm kes ni cuma si setan gondol..berjaya pokcik katanya..kuang2
Semakin jahat manusia skrg...mmg tak dinafikan lagi. Mereka yg jadi begini wajar dilabelkan sebagai jahat. Apabila fikiran sudah pun dirasuk oleh nafsu jahat, makan inilah akibatnya. Alasan diberi hanya kerana dendam. Rogollah suami berkenaan, dan bukannya si isteri yg tak tau apa2.
ReplyDeletekalau jantan tu GAY. aku rs dia dh rogol suami pompuan tu.
Deletengeri
ReplyDelete