BAN Gemuk - Orang Sarawak Banyak Makan Apa Sampai Macam Ni?

Gemuk, gemuk gemuk. Nak buat mcm mana kalau dah terlebih gemuk dah jadi obesity tahap melampau. Nak sedut lemak, mau kos riban ribut. Mau buat larian watson nyambek, tak larat. Tapi bila suruh kontrol makan, jaga pemakanan, penuh dgn alasan. Time muda ni la nk makan macam2. Bila sakit semua tak leh. Dahtu ko makan macam2 nak suruh sakit ke.

Tapi isu ni takkan selesai sampai bila2. Sebab tu senang2 kerakera buat alasan perbodoh rakyut dgn alasan naikkan harga gula sebab nak kawal diabetes. Apa pak menteri langit tu semua slim shady mengalahkan hero heroin ke.

Kes diabetes di Sarawak meningkat agak mendadak dalam tempoh lima tahun dengan 79,572 kes direkodkan tahun lepas berbanding 46,415 tahun 2008.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini menyifatkan peningkatan ini sebagai membimbangkan dengan sejumlah 9,903 kes baharu dilaporkan setakat ini tahun ini.

Dalam ucapannya merasmikan Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2013 Peringkat Kebangsaan di sini, beliau berkata kurang kesedaran untuk melakukan saringan kesihatan adalah antara punca kes-kes penyakit sebegini meningkat.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Komuniti (Kesihatan Awam) negeri, Datuk Dr Jerip Susil.

Menurutnya tinjauan kesedaran diabetes oleh Persatuan Diabetes Malaysia menunjukkan kebanyakan penghidap tidak menyedari simptom penyakit yang berlaku ke atas mereka.

Info Asal : SinarHarian Sawarak

Post a Comment

5 Comments

  1. apa makanan istimewa kat sarawak ek?

    ReplyDelete
  2. sbb tu la kerajaan turunkan harga gula

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. makan kek lapis kot! I like kek lapis, walaupun kolesterol tinggi.

    ReplyDelete