BAN RogolRompak - Demi Dara Anak, Duit Semua Kasi

Malaysia aman? Kes rompak, kes penculikan, kes tipu kena sorok halimunan taik kucing, kes tembakan pistol air, kes pistol polis hilang. Semua tu #betulkebohong. Macam2 jawapan ada, tanya diri tanya macai. Setahu aku, manusia akan berubah pemikiran kepada bengong apabila dalam keadaan terdesak samada duit or dadah. Tapi takpe, tauke besar kasi bekap baikpunyer.

Perompak/pencuri nak kena hukum hudud, nanti ada la alim taik kucing kepala bana ko, keluar tunjuk eksen benda tu tak relevan. Tapi bila kes rompak semakin menjadi, kes bunuh semakin menjadi. Tak habis nak gubal undang2. Undang2 manusia takkan perfect.

“Saya sanggup serahkan semua wang tunai, komputer riba dan telefon bimbit asalkan anak perempuan saya tidak dirogol perompak,” kata Siti Aishah Abdullah @ Hun Ban, 44, yang menjadi mangsa samun empat lelaki di Kampung Matang Merbau, di sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, dia dan suaminya, Mohd Ishak Din, 55, ditumbuk dan dipukul beramai-ramai oleh penjenayah menggunakan sebatang kayu. 



Aishah berkata, kejadian berlaku ketika dia dan ahli keluarganya sedang tidur sebaik pulang dari berniaga di pasar malam berhampiran. 

Menurutnya, dia hanya menyedari kehadiran sekurang-kurangnya empat penyamun menceroboh rumahnya selepas dikejutkan daripada tidur oleh seorang daripada suspek yang mengacukan pisau ke lehernya.

“Terkejut dengan tindakan itu, saya menjerit sekuat hati meminta tolong daripada jiran berhampiran.

Info Asal : HMetro