BAN Talak - Bakar Diri Sendiri Kerana Frust.

Tekanan hidup ni ada mcm2. Dan mmg takleh nk elak dari tekanan, paling mudah sekali ko nak g ofis. Dah ada tekanan bila berdepan dgn driver kereta yang mabok. Tambah lagi masuk ofis dgn macam hal taik. Balik umah tekanan lagi. So, semua terletak atas diri kita sendiri. Kita yg kawal emosi kita sendiri.

Akibat tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapi selepas diceraikan dengan talak tiga, seorang wanita nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol dan membakar diri di depan rumah bekas suaminya di Puchong, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, wanita berusia 25 tahun yang bertugas sebagai penjawat awam itu kini dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas terbakar hampir 80 peratus.

Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa datang ke rumah bekas suaminya sebelum berlaku pertengkaran mulut akibat tidak berpuas hati apabila diceraikan dengan talak tiga.

“Pasangan berkenaan dikatakan sering bergaduh menyebabkan bekas suami wanita itu menceraikannya dengan talak tiga kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta wanita itu yang menuduh bekas suaminya mempunyai hubungan sulit,” katanya.

Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan.

Menurut sumber, selepas berlaku perang mulut, wanita berkenaan meninggalkan rumah itu dengan memandu kereta.

“Bagaimanapun, kira-kira 10 minit kemudian, wanita itu datang semula ke rumah berkenaan dengan membawa sebotol petrol lalu dicurahkan ke badannya ketika masih berada dalam kereta.

“Bekas suaminya cuba menghalang perbuatan itu, namun gagal sebelum wanita itu terlebih dulu menyalakan pemetik api menyebabkan api terus menyambar seluruh badannya,” katanya.

Menurut sumber, bekas suaminya turut melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital.

Katanya, bekas suaminya cuba menyelamatkan wanita itu tetapi gagal sebelum pantas memeluk badan bekas isterinya dalam usaha memadamkan api.

“Akibatnya, bekas suami wanita itu juga melecur pada kedua-dua lengan dan dada, namun sempat menghantar bekas isterinya ke hospital,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan dilaporkan kritikal dan masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang manakala bekas suaminya pula menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Info Asal : HMetro

Post a Comment

12 Comments

  1. tekanan hidup manusia sampai ke mati

    ReplyDelete
  2. ............... BODO nya org pompuan utamakan emosi diorg.. lebih teruk dr laki yg emo....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ........ BODO nya komen ko.. mcm la Xde laki yg bunuh diri sbb frust dlm percintaan....

      Delete
    2. komen sy memang BODO mcm anonymousemo lulz

      Delete
  3. memang bodoh, usia baru 25 thn, apa susah, cari jelah laki lain, lainlah kalau umur dah 68 thn, fizo omar pun tak nak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah ksh syg wanita terhadap lelaki. lelaki tak reti hargai. tau nak talak je.

      -sri dewi

      Delete
    2. tu bukan kasih sayang dik oi, tu ketaksuban.......

      Delete
    3. Difahamkan, pasangan berkenaan baru lapan bulan berkahwin dan ia perkahwinan kedua wanita berkenaan
      .
      .
      .
      Cik adik Seri Dewi, ini perkahwinan yang kedua utk wanita tersebut. Maksudnya, laki pertama minah ni pun tak tahan ngan perangai minah ni. So, siapa yang tak reti hargai maksud perkahwinan sebenarnya? Minah ni ke atau bekas2 suami minah ni?

      Delete
    4. mcm ak ckp org pompuan tu emo gila kuat... ad je yg pompuan yg x kuat emo ok je.. faktor emosiotnal

      Delete