Dan semalam kecoh pasal kenaikan eletrik. Tak tau la lepas ni berapa ramai lagi akan tension sebab duit. Satu impak yg sangat besar tu. Kita tunggu apa komen cinta berahi menteri-menteri.
"Hanya Allah mengetahui kesakitan yang saya alami ketika suami mengelar pipi, dahi, bibir dan tangan saya dengan pisau lipat,” kata Nor Hafazalina Mohd, 30, yang menerima 80 jahitan akibat tindakan kejam suaminya itu.
Menurutnya, kejadian berlaku jam 5 petang Jumaat lalu di rumah mereka di Ampangan, di sini, selepas dia minta diceraikan kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang tidak bertanggungjawab dan kerap keluar masuk penjara.
Nor Hafazalina berkata, suaminya yang berusia 30-an seperti naik hantu apabila mengelar muka dan tangannya lebih 18 kali biarpun dia meraung kesakitan dan merayu agar dikasihani.
“Puas saya merayu supaya dia menghentikan perbuatan itu, namun dia bagaikan naik hantu apabila tangan kanan menoreh muka manakala tangan kirinya menarik rambut saya,” kata ibu kepada dua anak lelaki itu yang ditemui di wad sebuah hospital, di sini, semalam.
Menurutnya, dia meminta cerai daripada suaminya yang dikahwini hampir 10 tahun lalu selepas berasa seperti digantung tidak bertali dan terpaksa menumpang di rumah ibunya di Ampangan, di sini.
Info Asal : Hmetro
4 Comments
Aihhh... gilo. Orang kata, orang baik pasangannya yang baik2 juga. Bersabarlah, ya. Ini ketentuan.
ReplyDeletemental
ReplyDeletetekanan mental rasanya.
ReplyDelete80 jahitan! banyaknya, orang sakit bersalin bedah pun 12 jahitan.
ReplyDelete