BAN Kasihan - Sultan Melaka Tak Di Iktiraf Pulak. Ish Ish Ish

Masa zaman sekolah, cikgu mengajar sejarah aku banyak tanya. Kenapa gitu, kenapa gini then cikgu naik boring suh aku duk diam. Sejarah melaka lain, sejarah johor lain, sejarah kedah lain, sejarah pantai timur pun lain. Tup tap, datang british jadilah malaysia. Pung pang sana sini, sejarah nusantara tah kemana, sejarah kehebatan pattani tah kemana.

Dari haritu lagi aku duk tengok pasal sultan melaka ni. Aku ingatkan same case dengan raja nusantara yang nak serang putrajaya. Ketum punya tongku... Tapi bab sultan ni tak leh.. Depa alegikk.. Kalau hukum allah, berlambak melayu bersongkok duk tentang. Tak pa, yang tu lambat lagi kena persoal.. As we know, sultan sebagai ketua agama. So... paham2 jelah yea. Aku cakap nantikan kata aku derhaka...

Isu kenaikan harga tak habis lagi ni... harap2 tv3 tak buat liputan isu sultan melaka ni.. Tapi rujuk pada fb tongku sultan melaka ni, petang ni ada press conference.. Harap tongku bagi lerr link streaming. Dapat jugak nonton..

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak mempunyai hak untuk mengiktiraf Raja Noor Jan Shah Raja Tuah sebagai Sultan Melaka seperti didakwa sendiri oleh individu berkenaan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, isu tuntutan takhta Sultan Melaka berada di bawah tata cara Perlembagaan dan undang-undang negara ini, bukan melibatkan soal perebutan antarabangsa.

Menurutnya, tidak berlaku isu perebutan dalam masalah ini, cuma Melaka telah mengguna pakai Perlembagaan negara yang menyatakan negeri ini adalah Negeri Selat.


"Justeru, Melaka ditadbir oleh wakil Persekutuan selaku ketua negeri yang dikenali sebagai Yang Dipertua Negeri atau dahulunya dikenali gabenor yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Wacana Ahli Sunnah Wal Jamaah di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Raja Noor Jan yang telah diiktiraf oleh ICJ sebagai Sultan Melaka pada 25 November lalu.

Menurut Idris lagi, beliau bagaimanapun turut meragui kesahihan tandatangan surat dari mahkamah berkenaan.

Katanya, beliau meminta individu berkenaan supaya menyedari tindakannya kerana rakyat di negeri ini sememangnya mengenali ilmu tentang sejarah Melaka dengan mendalam.

"Bagi saya, sesiapa pun boleh buat seperti itu dan menyuruh sesiapa untuk menurunkan tandatangan. Saya juga tidak nampak bahawa mahkamah berkenaan boleh menentukan Melaka mempunyai sultan atau tidak," tegasnya.



Info Asal : DYMM Sultan Melaka, Utusan

Post a Comment

7 Comments

  1. hadoiiii.. apehal la manusia sekarang ni pelik2. nak jadi sultan la.. nak jadi tuhan la.. nak jadi nabi la...

    ReplyDelete
  2. semua nak hidup senang tak payah kerja bulan2 duit masuk..

    ReplyDelete
  3. Jadi sultan paling best. semua benda org support. kalau boleh semua rakyat malaysia nk jadi sultan. hidup semewah sultan.

    ReplyDelete
  4. oh macam tu, kalau gitu, aku pun nak tuntut jadi Sultan Melaka Pulau Pinang pulak lah!
    nak senang punya hidup sanggup tipu aku dan zarina!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete