Bengong.. Marah skit, mula buat kerja ala along kutip hutang.. Motif nak tunjuk protest tak suka.. Nak cuci tu satu hal, dalam tahun 2014 ni aku rasa dah banyak kes simbah cat merah.. Motif, tak lain tak bukan sebab politik bodoh. Masalah bebanan rakyat ditutup dengan bagi brim. Paling hot spicy lagi bagitau 17ribu hantar surat tolak permohonan brim..

Apa pun bercelona dah kalah. Real madrid leading.. Atletico pun dah kalah. Red Warrior buat jersi ala atletico madrid utk jersi training AFC. JDT masih belum buat kenyataan rasmi nak umum jersi AFC. #LOL


Simbahan cat merah dan bungkusan bangkai itik ditemui di luar pejabat portal berita bebas Malaysiakini di Bangsar Utama, Kuala Lumpur pagi ini.

Cat merah itu disimbah pada dinding dan juga papan tanda Malaysiakini yang diletakkan di bangunan tingkat empat dan telah mengenai sebuah motosikal yang diparkir berdekatannya.

Sementara itu, seekor bangkai itik ditemui dalam sebuah kotak, yang ditinggalkan bersebelahan pintu masuk utama.

Ia juga dilekat dengan gambar ahli parlimen Seputeh Teresa Kok.

Menurut Editor Grafik Malaysiakini, Azlan Zamhari, staf pertama sampai ke pejabat itu pada jam 6.15 pagi, mendapati cat merah itu masih lagi basah.

"Secara jelas menunjukkan cat itu dibaling dengan menggunakan lima plastik bag," katanya.

Serangan terhadap Malaysiakini dibuat selepas seminggu pejabat Teresa disimbah cat merah dan diletakkan bangkai ayam di tangga menuju ke pejabatnya.

Info Asal : Malaysiakini