BAN Maksiat - Kahwin Di Thailand. Saper Bermasalah Sebenarnya?

Sekali dengar kelakar lucu.. Tapi tu reality.. Orang nak kawin tapi kat malaysia susah. Dengan mak ayah lagi, sedara mara lagi.. Ikut adat itu ini.. Belanja nak kawin paling ciput nak 5000. Barang hantaran lagi, wang hantaran lagi. Dengan mas kahwin berbeza mengikut negeri lagi. Paling pelik dan aku tak leh terima pakai. Mas Kahwin ditetapkan oleh pejabat agama. Bukannya bakal suami tu tetapkan berapa dia nak bagi. Pejabat agama enough setakat pastikan mas kahwin tu diberi. Tapi tak semua negeri yang tetapkan mas kahwin.

Mostly kebanyakan yang kawin seberang ni yang bermasalah. Yang menggatal pun banyak. Nak bendung sukar, sebab tu melibatkan kepala otak manusia tu sendiri. Paling mudah, perbanyakkan pendedahan tentang akidah kepada masyarakat. Takkan ko nak kutip masuk jel sebab kawin seberang.


Aktiviti ‘kahwin senyap’ oleh pasangan warga Malaysia di Betong, Selatan Thailand didapati meningkat mendadak berbanding beberapa bulan lalu.
Ini berikutan proses perkahwinan di pekan sempadan negara jiran itu yang didakwa lebih pantas dan selamat berbanding di wilayah lain.
Permintaan tinggi rakyat Malaysia untuk berkahwin di Betong, menyebabkan :
Pejabat Kadi Syarie Majlis Agama Islam Yala berpejabat di pekan kecil berkenaan beroperasi tanpa cuti termasuk dibuka sehingga waktu malam untuk urusan perkahwinan termasuk pada Sabtu dan Ahad.
Malah, kakitangan pejabat kadi itu dilaporkan ‘tidak menang tangan’ bagi memenuhi permintaan ramai pasangan tempatan yang mahu berkahwin di pejabat berkenaan saban hari.

Seorang ejen nikah, Mazlan Mat Yusof, 38, berkata, peningkatan mendadak kehadiran pasangan Malaysia yang mahu berkahwin di Betong dipercayai ada kaitan dengan beberapa faktor seperti :

  • Keselamatan, 
  • Promosi iklan di Internet dan blog serta 
  • Proses nikah yang lebih pantas.

Dia yang menetap di Ayer Panas, di sini, mendakwa sekurang-kurangnya lima pasangan dari Malaysia memasuki bandar Betong untuk berkahwin setiap hari.

Info Asal : HMetro

BAN Maksiat - Kahwin Di Thailand. Saper Bermasalah Sebenarnya? BAN Maksiat - Kahwin Di Thailand. Saper Bermasalah Sebenarnya? Reviewed by BANkami Blog on February 20, 2014 Rating: 5

7 comments:

  1. kawin tu syok.. maner nk tahan lama2.

    ReplyDelete
  2. aku pun nak..tapi problem calun x der..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sana mesti ada..try la g usha

      Delete
  3. Malaysia ni adan undang2.Nak nikah kat siam tu fikir sah ke tak?Dosa zina seumur hidup kalau silap.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.