BAN Sadis - Pembunuh Alim Pesakit Mental

Ada masalah mental... Sama-sama pesakit mental pulak tu.. Bergaduh pasal apa, takde pulak diberitahu.. Yang pasti, berang punya pasal... Dia bunuh kawan dia, then continue sembahyang.. Banyak kes bunuh yang babitkan pesakit mental, tapi atas alasan pesakit mental or ada kad merah. Mereka terlepas.. Kebanyakan macam tu la.. Zaman aku muda2 dulu pun, time jadi kutu rayau.. Ada yang bangga ada kad merah and sap sound lagi.. Aku bunuh ko, mati saja2 nantikn.. Stress melampau ditambah lagi duk area bandar boleh menyebabkan mental.. Yang bekerja pun ada masalah mental.. Tambah lagi kat area customer service.. Nampak butthurt semacam.. mental disorder lah mai sekejap..


Johor Bahru: Seorang lelaki yang mengelar leher rakannya sehingga mati ketika sama-sama menunaikan solat Maghrib berjemaah di sebuah masjid di Tampoi, di sini, sempat mencuci tangan berlumuran darah sebelum masuk semula ke saf dan meneruskan sembahyang bagi mengelak perbuatannya dikesan.

Dalam kejadian jam 7.15 malam kelmarin, Ahmad Syukri Abu Bakar @ Mohamed, 41, ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di beranda masjid sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian.

Difahamkan, kedua-dua lelaki itu bekas pesakit mental di Hospital Permai, di sini, dan hanya mereka berdua berada di saf paling belakang ketika solat, menyebabkan apa yang berlaku tidak disedari jemaah lain.

Seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, mangsa dan suspek mula bergaduh ketika menunaikan solat Asar dan pertelingkahan mereka turut disedari jemaah lain.

“Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia berlarutan sehingga ke waktu solat Maghrib dan akhirnya menyebabkan kematian seorang daripada mereka,” katanya yang turut menunaikan solat Asar dan Maghrib berjemaah bersama suspek serta mangsa, sebelum kejadian.

Info Asal : HMetro
BAN Sadis - Pembunuh Alim Pesakit Mental BAN Sadis - Pembunuh Alim Pesakit Mental Reviewed by BANkami Blog on April 02, 2014 Rating: 5

4 comments:

  1. mcm maner diaorg bleh terlepas ni?

    ReplyDelete
  2. tekanan perasaan kot..

    ReplyDelete
  3. dr asar bergaduh.. bengang sgt kot.. msuk mgrb pi tikam..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.