Hakim pemikiran penjajah

Presiden PAS Hadi Awang membidas kemunculan sesetengah hakim yang didakwanya mempunyai “kepala dan akal yang dipengaruhi pemikiran penjajah”.

Beliau tidak menamakan sesiapa namun menggelarkan kumpulan hakim berkenaan sebagai “bijaksini” atau bukan bijaksana.

Ahli Parlimen Marang itu mendakwa, beberapa hakim terdahulu seperti bekas “lord president” (kini dikenali ketua hakim negara) Salleh Abas tidak melayan tindakan yang mahu menyingkirkan syariat Islam.

“Kini muncul kalangan hakim yang ‘bijaksini’ (bukan bijaksana) yang kepala dan akalnya dipengaruhi tulisan warisan penjajah,” katanya dalam catatan minda presiden PAS di Facebook.






Post a Comment

1 Comments

  1. Telah timbul persoalan apakah Ummu Waraqah turut menjadi rujukan Nik Elin dan menjadi imam kepada kaum lelaki...!?

    Al-Syarbasi melalui kitabnya 'Yas'alunaka fi al-Din wa al-Hayat' telah menyatakan bahawa muazzin tersebut hanya melaungkan azan, kemudian beliau akan pergi ke masjid dan menunaikan solat bersama-sama jamaah lelaki. Syeikh Ahmad al-Syarbasi juga menyatakan bahawa Ummu Waraqah mengimami solat di rumahnya yang tidak disertai oleh mana-mana lelaki ajnabi.

    Rasulullah: 'Wahai Ummu Waraqah, duduklah di rumahmu, sesungguhnya Allah akan mengurniakan syahid di rumahmu'. Semenjak hari itu, Rasulullah telah menggelarkan Ummu Waraqah sebagai 'syahidah' iaitu orang yang syahid. Ketika Rasulullah mengajak para sahabat menziarahi Ummu Waraqah, baginda berkata, 'mari kita menziarahi al-syahidah'.

    Kehebatan Ummu Waraqah juga dapat dilihat dalam beberapa perkara iaitu:
    1. Beliau merupakan wanita pertama dalam Islam yang diberi keizinan untuk dilaungkan azan dari dalam rumahnya.
    2. Beliau wanita pertama yang menjadi imam solat kepada wanita di Madinah.
    3. Beliau wanita pertama dalam Islam yang digelar 'al-syahidah'.

    Ummu Waraqah telah meminta keizinan daripada Rasulullah untuk menjadikan rumahnya sebagai musolla, dan dilaungkan azan dari musolla di rumahnya itu. Rasulullah telah memberikan keizinan, justeru terdapat muazzin yang dikhususkan untuk melaungkan azan dari musolla di rumah Ummu Waraqah pada setiap kali masuk waktu solat fardhu. Keadaan ini berterusan sehinggalah Ummu Waraqah meninggal dunia.

    Rasulullah saw mengetahui bahawa Ummu Waraqah merupakan seorang wanita yang cerdik, banyak menghafaz ayat al-Quran dan alim dalam ilmu agama. Justeru, Rasulullah menyuruh Ummu Waraqah untuk menjadi imam kepada ahli keluarganya di kalangan wanita. Bukan itu sahaja, apabila muazzin mengumandangkan azan dari musolla rumah Ummu Waraqah, wanita-wanita yang tinggal berhampiran dan mendengar seruan azan tadi, akan datang menunaikan solat jamaah yang diimami oleh Ummu Waraqah.

    Pada Nik Elin jangan nak sembarangan putar belit fakta yang ada. Nik Elin yang semakin berani mengutarakan pendapat-pendapatnya tentang Islam, tentang tidak ada paksaan dalam melaksanakan amal agama.

    “Tindakan mencabar enakmen jenayah syariah telah diragui sejak mula lagi oleh majoriti Muslim. Sebahagian muslim yang lebih mengagungkan bahasa Inggeris, suit dan tali leher Barat sedangkan dalam masa yang sama mempunyai prejudis terhadap ulama telah menyumbang kepada keraguan hari ini.

    ReplyDelete