BAN Sukan - Melayang Sudah Piala Thomas Ke Jepun.

Aku tengok #ThomasCup semalam.. Duk intai intai.. Ish tak jumpa... Intai lagi... Tak jumpa jugak.. Yang ada KJ super saiya jer... Aku cari pakar smash kak ros... Aisehhhh... Nonton melalui tv la pulak.. Mesti teruja dengan tv1 nak tayang piala thomas...

“Saya minta maaf kepada rakyat Malaysia.”

Demikian antara ungkapan pertama kapten skuad negara, Liew Daren selepas dilihat berjuang habis-habisan sebelum tewas kepada Takuma Ueda pada perlawanan penentuan sekali gus menyaksikan skuad negara tewas 2-3 kepada Jepun.


Kegagalan malam tadi menyaksikan penantian Malaysia sejak kali terakhir menjulang piala berprestij itu pada 1992 di Kuala Lumpur terus berpanjangan.

Daren yang dikritik hebat berikutan aksi hambar pada pusingan awal, jelas mempamer aksi berbeza dengan semangat melawan cukup tinggi Namun semalam dia tewas dengan penuh bermaruah kerana dilihat tidak mengenal erti putus asa sepanjang perlawanan.

“Sebelum ini ramai yang mengkritik tapi saya tidak kisah semua itu.

“Saya sudah berikan yang terbaik pada perlawanan tadi tapi masih lagi belum mampu membantu Malaysia.

“Kalau orang nak kutuk saya, kutuklah.

Saya tak boleh buat apa sebab setiap orang ada pendapat masing-masing.

“Yang penting saya sudah melakukan segala-galanya pada final ini,” katanya yang sebelum ini tewas ketika diturunkan sebagai perseorangan ketiga menentang India dan Jerman. (HMetro)

Post a Comment

3 Comments

  1. KJ bajet hot.. saper la nk meme dia tu

    ReplyDelete
  2. lantak ko la weyyyyy

    ReplyDelete
  3. BANG KHAI ada kat situ, patutla Malaysia kalah, sebab menggangu tumpuan.

    ReplyDelete