Kesempitan hidup dan terpaksa menggalas tanggungjawab membesarkan empat adik selepas kematian ibu bapa menyebabkan Salim, 31, (bukan nama sebenar) sanggup menjadi ‘samseng’.
Malah kerana tubuh yang tegap dengan ketinggian 195 sentimeter dan berat 190 kilogram (kg), dia ditawarkan menjadi pengawal kelab malam atau bouncer di sebuah negeri di selatan tanah air.
Pada usia baru 15 tahun dia lega kerana sudah mempunyai pekerjaan dengan bayaran lumayan, sekali gus menghilangkan rasa gelisah memikirkan perbelanjaan empat adik berusia antara sembilan dan 12 tahun ketika itu dihantar ke Rumah Anak Yatim Pantai Puteri.
Bagaimanapun kurang pendedahan agama menyebabkan dia tidak sedar pekerjaan itu sebenar menggelapkan hati seorang adiknya yang turut mengikut jejak langkah menjadi bouncer. (HM)
3 Comments
Saper suh pilih jalan hitam. Banyak lg kerja halal bleh buat.
ReplyDeleteDahtakde kerja lain ke ko nk pilih
ReplyDeletelaa, nak sama tinggi dengan aku, aku 196cm sama level dengan Dolph Lungren. Patut pun jadi bouncer.
ReplyDelete