Ditembak Gara-Gara Pecah Rumah Untuk Menangkap Karakter Pokemon Go!


GUATEMALA CITY - GUATEMALA. Kematian seorang remaja lelaki, Jerson Lopez de Leon, 18 yang ditembak ketika sedang asyik bermain Pokemon Go dilaporkan sebagai mangsa pertama yang dikaitkan dengan permainan itu, lapor New York Post.

Namun, menurut agensi berita itu terdapat konflik berkaitan laporan kejadian yang menimpa Jerson dan sepupunya, Daniel Moises Picen, 17 yang cedera parah dalam kejadian tersebut.

The Mirror UK melaporkan mangsa ditembak ketika mereka sedang memecah masuk sebuah rumah di Chiquimila untuk menangkap salah satu karakter yang muncul dalam peta telefon pintar pemain.

Manakala laporan lain menyebut kedua-dua remaja itu diserang hendap ketika sedang memburu karakter permainan tersebut.

Menurut laporan media tempatan, Jerson dan Daniel berjalan menyusuri landasan kereta api lama sebelum tiba-tiba dihujani peluru dari sebuah kenderaan yang lalu di situ.

Difahamkan, polis sedang memburu kenderaan yang melarikan diri dari lokasi kejadian dengan 20 kelongsong peluru ditemui.

Namun punca kejadian masih belum jelas sama ada ia berkaitan dengan permainan itu ataupun tidak.

Post a Comment

0 Comments