Lambakan Pekerja Asing, Masing2 Bangang


Masalah pekerja asing yang memang takkan selesai dan akan terus menutup bandaraya utama negara dengan lambakan orang asing. Sebab kerakusan kroni mendapatkan "wang mudah" dgn membawa masuk pekerja asing, sebab kemalasan penduduk tempatan yang memilih pekerja, sebab penduduk tempatan lebih suka terperuk dirumah menonton burung2 berterbangan sambil mengusap celah paha.

Aku tak kata semua, ada yang susah gila dan bertungkus lumus untuk dapatkan pekerjaan. Tapi natijahnya pendapatan yang ditawarkan amat sukar untuk menampung seisi keluarga. Kerja 8 jam sehari tetapi kehidupan penuh keperitan kewangan. Dengan situasi kenaikan harga barang yang seolah menjadi wayang rakyat kerajaan dalam menangani isu tersebut. Rakyat terus menerus dihimpit. Yang berpendapatan rendah hanya mampu mendiamkan diri, golongan pertengahan teguh bersabar dan mengharap durian runtuh menambah luka dicelah paha.

Adakah kerajaan pernah memikirkan untuk rakyat malaysia menambahkan bilangan ahli isi rumah. Supaya pada masa akan datang negara tidak lagi perlu bergantung pada tenaga buruh asing. Tapi jika tahap ekonomi rakyat pada masakini, aku yakin rakyat malaysia akan berkira-kira tahap melepasi silibus calculus untuk mendapat bilangan anak melebihi team bolasepak.

Apakan daya, rakyat malaysia diterapkan budaya bersabar dan teguh pada pemimpin bangang.


Merujuk FMT :

Bagi setiap 10 pekerja asing di Malaysia, ada 7 orang yang tidak mempunyai dokumen sah di negara ini, kata Datuk Richard Riot. Menteri sumber manusia berkata pekerja asing tanpa izin dibawa masuk oleh beberapa agensi kerana wujudnya permintaan daripada majikan.
“Itu salah satu cara pekerja tanpa izin masuk ke negara ini,” 
Richard berkata kebanyakan pekerja asing berkenaan bekerja di restoran dan pasar raya besar.
Katanya, pada masa ini terdapat 1.9 juta pekerja warga asing yang mempunyai dokumen sah di dalam negara.

Richard berkata kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada warga tempatan untuk bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan.

Katanya, kerajaan juga melaksanakan pelbagai program latihan untuk meningkatkan bilangan pekerja Malaysia berkemahiran tinggi dan sasarannya ialah mencapai 35% pekerja mahir menjelang 2035.

“Kerajaan tidak mahu pekerja asing mengambil alih kerja yang boleh diisi orang tempatan,”

Pengambilan pekerja asing hanya terbuka untuk 5 sektor yang kurang menarik perhatian pekerja tempatan, iaitu pembinaan, pertanian, perhutanan, pengeluaran dan perkhidmatan.

Menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), kira-kira 7 juta pekerja asing bekerja di negara ini pada Jun 2015, tetapi hanya 2.2 juta daripadanya mempunyai dokumen sah.

Post a Comment

0 Comments