Petronas & Syarikat Minyak Iran Tandatangan MOU Baharu


Petronas semalam menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan National Iranian Oil Co (NIOC) untuk kerjasama dalam kajian lapangan di South Azadegan dan Cheshmeh Khosh.
Majlis menandatangani MoU itu berlangsung di Ibu pejabat NIOC di Tehran, Iran, menurut Petronas.
Di bawah MoU itu, kajian akan dijalankan untuk tempoh 6 bulan, dan dijangka selesai pada suku kedua 2017.

Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (Huluan), Anuar Taib, menandatangani bagi pihak Petronas manakala NIOC diwakili oleh Timbalan Pengarah Urusan dalam Kejuruteraan dan Pembangunan, Dr. Gholamreza Manouchehri.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NIOC atas peluang itu berikutan MoU ini merupakan langkah penting kepada Petronas dan NIOC.
“Iran memberi peluang untuk pertumbuhan di Timur Tengah selain operasi semasa kami di Iraq,” kata Anuar pada majlis itu.
Beliau berkata Petronas akan membawa keupayaan dan kepakarannya dalam sektor minyak dan gas ke Iran dan berharap kerjasama yang berjaya dengan NIOC.

FMT
Petronas & Syarikat Minyak Iran Tandatangan MOU Baharu Petronas & Syarikat Minyak Iran Tandatangan MOU Baharu Reviewed by BANkami Blog on December 22, 2016 Rating: 5

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.