Bekas Peg.Exec GLC Ditahan SPRM | Rasuah 2.5Juta & Pecah Amanah


Seorang bekas ketua pegawai eksekutif anak syarikat sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah melibatkan RM2.5 juta.

Sumber SPRM memberitahu bahawa suspek berusia 51 tahun itu ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada 3.30 petang tadi.
"Dia dipercayai menerima rasuah dan menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri," 
Sumber itu berkata suspek dijangka dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan di Mahkamah Jalan Duta esok.
"Selain itu, suspek akan dituduh bagi lima pertuduhan berkaitan pecah amanah yang dipercayai dilakukan di antara 30 April dan 30 Oktober 2013," 
Semasa dihubungi hari ini, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki mengesahkan perkara berkenaan.

MK

Post a Comment

0 Comments