7 Negara Islam Digantung Keluar Visa Oleh Pentadbiran Trump !!


Kumpulan pejuang hak pendatang dan pelarian, kelmarin mengecam rancangan Rumah Putih menghentikan pengambilan pelarian dan menggantung sementara pengeluaran visa kepada rakyat dari tujuh negara Asia Barat dan Afrika Utara.

Mereka menganggap tindakan itu menyasarkan penduduk Islam dan menjadikan negara itu semakin kurang selamat untuk didiami.
"Presiden Donald Trump dijangka menandatangani arahan eksekutif menyekat visa kepada sesiapa dari Syria, Iraq, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman, semuanya negara majoriti Islam," 
Arahan itu adalah bagi menunaikan janji yang dibuat Trump ketika kempen pilihan raya. Trump yang mengangkat sumpah Jumaat lalu, juga dijangka mengarahkan larangan kemasukan pelarian ke Amerika Syarikat kecuali kumpulan minoriti agama yang melarikan diri daripada hukuman sehingga penapisan lebih teliti diadakan.

Ia dikatakan bertujuan menyekat keganasan militan di AS tetapi pengkritik mendakwa tindakan itu akan menjejaskan reputasi negara itu sebagai tempat yang mengalu-alukan semua pendatang.
Presiden perlu tahu beliau memang bodoh untuk memupuk kebencian itu pada awal pentadbirannya. Ini akan menyemarakkan keganasan terhadap rakyat Amerika Syarikat seluruh negara," kata paderi Seth Kaper-Dale, yang membantu 28 keluarga pelarian dan pemohon suaka sepanjang tahun lalu di New Jersey. 
Pada kempen pilihan raya tahun lalu, Trump berjanji berhenti akan menerima pelarian dari Syria dan pendatang dari negara yang dianggap memberi risiko, jika dipilih sebagai presiden.
"Kami percaya umat Islam menjadi sasaran utama arahan itu. Arahan itu mengesahkan mengenai kebimbangan Islamofobia dan cadangan dasar tidak berunsurkan Amerika yang dibuat ketika kempen pemilihan presiden.
"Tidak pernah dalam sejarah negara ini, kita melaksanakan larangan ke atas pendatang dan pelarian berdasarkan agama," kata Pengarah Eksekutif Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR), Nihad Awad.

BH 

Post a Comment

0 Comments