Saham Asia menokok pada awal dagangan pagi ini, dilonjakkan prestasi Dow Jones Industrial Average yang melepasi paras 20,000 mata buat pertama kali, sungguhpun kebimbangan berhubung dasar perlindungan Presiden Donald Trump mengekalkan dolar AS pada tahap defensif.
Indeks meluas MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun menokok 0.3 peratus.
Saham Australia menambah 0.4 peratus dan Nikkei naik 1.1 peratus.Dow Jones ditutup melepasi paras 20,000 mata buat pertama kali semalaman berikutan pendapatan kukuh syarikat dan pelabur optimistik akan inisiatif mesra pertumbuhan yang diambil Trump.
Pelaburan selamat bon Perbendaharaan AS dijual dengan pulangan penanda aras nota 10 tahun itu meningkat ke paras tertinggi empat minggu semalam.
Dolar AS, selalunya mendapat sokongan daripada pulangan bon Perbendaharaan yang lebih tinggi, gagal untuk menyusuli, dengan indeks menjejaki dolar berbanding mata wang utama dunia jatuh ke paras terendah tujuh minggu 99.335.
Harga minyak mentah melonjak di tengah-tengah kelemahan dolar AS selepas jatuh pada dagangan hari sebelumnya.
Minyak mentah AS menokok 0.5 peratus kepada AS$53.02 satu tong selepas susut 0.8 peratus hari sebelumnya. BH
0 Comments