Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Selepas Impak Brexit Mula Reda


Saham di Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini berikutan sentimen bulis apabila kebimbangan berhubung impak Brexit mula reda.

Peniaga berkata pada 9.19 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada 2.36 mata lebih tinggi pada 1.665.39, selepas dibuka 0.35 mata lebih kukuh pada 1,663.38.

Indeks ditutup pada 1,663.03 semalam. Indeks FBM Emas berada 13.979 mata lebih tinggi pada 11,675.43, Indeks FBMT100 meningkat 13.36 mata kepada 11,379.45 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 20.18 mata kepada 12,200.02.

FBM 70 meningkat 5.04 mata kepada 13,368.3 namun FBM Ace susut 19.41 mata kepada 5,016.46.

Dari segi sektor, Indeks Perladangan menokok 0.59 mata kepada 7,914.22, Indeks Kewangan meningkat 12.65 mata kepada 14,691.41, dan Indeks perindustrian menambah 8.25 mata kepada 3,145.51.

Dalam kalangan saham mewah, Maybank dan TNB masing-masing menambah dua sen kepada RM8.19 dan RM13.92, Petronas Chemicals meningkat empat sen kepada RM7.19 dan Sime Darby menokok satu sen kepada RM8.50.

Public Bank jatuh 10 sen kepada RM19.96.

- Bernama

Post a Comment

0 Comments