Aktres Rozita Che Wan berkata dia belum bersedia untuk menambah anak seperti yang dimahukan suaminya pelakon Zain Saidin.
Rozita atau Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta, 44, berkata, pada usianya kini dia mahu lebih memberi fokus kepada pembesaran anak-anaknya berbanding untuk mengandung lagi.
"Dia (Zain) cakap senanglah, saya yang kena bersalin tu bukan senang. Buat masa sekarang saya mahu fokus kepada perkembangan tiga-tiga orang anak saya ini. Saya mahu mereka dibesarkan dengan baik,"Rozita ditemui pada sidang media pelancaran program realiti The House yang diadakan di sini, pada Rabu.
Pasangan itu berkahwin pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia dua tahun.
Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 21, dan Aniq Ezzra, 19, hasil perkahwinan pertamanya.
Sementara itu, Zain, 33, yang turut berada pada sidang media berkenaan memberitahu dia akan terus memujuk isterinya untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata.
"Saya masih dalam proses memujuk ni, nanti kami akan ke Mekah menunaikan umrah pada penghujung Februari ini.
"Saya nak doa banyak-banyak agar dia berlembut hati untuk beri saya cahaya mata lagi," ujarnya.Dalam pada itu, Che Ta turut menjawab soalan mengenai kenyataannya yang membenarkan Zain untuk berkahwin lagi ketika diajukan soalan oleh pengacara ketika sesi sidang media berlangsung.
Rozita berkata, dia seorang wanita yang berdikari dan boleh hidup tanpa bergantung kepada lelaki semata-mata.
"Itu hanya reverse psychology (psikologi terbalik) sahaja untuk dia, memang saya ada beritahu dia kalau nak kahwin lagi, kahwinlah, tapi saya tahu dia sayang bini.
"Bagaimanapun, sebagai wanita saya seorang yang independent dan sentiasa bersedia dengan apa juga perkara terutama dalam rumah tangga,"
Mstar
0 Comments