Mangsa Kata Pemandu Main Telifon, Polis Nafi | Ibubapa Pulak Apa Tindakan?


Polis menafikan dakwaan kononnya wanita yang merempuh sekumpulan remaja lelaki berbasikal sehingga lapan dari mereka
maut di Jalan Lingkaran Dalam dekat Johor Bahru, awal pagi tadi, menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata siasatan telah dilakukan dan tiada elemen sedemikian ditemukan.

"Jika dia (mangsa terselamat) nampak, minta tampil beri statement (keterangan) pada polis," katanya kepada Bernama, ketika dihubungi di Johor Bahru hari ini. Malaysiakini
Mangsa Kata Pemandu Main Telifon :
Muhammad Zulfadli berkata dia mengayuh basikal dari rumahnya di Stulang Baru di sini, sebelum bertemu dengan rakan-rakan di lokasi kejadian.

Katanya sejurus selepas rempuhan itu dia melihat beberapa rakannya terbaring di atas jalan dengan ada yang sudah tidak bergerak.

Muhammad Zulfadli yang aktif dalam kegiatan berbasikal lewat malam itu sejak dua tahun lepas turut mendakwa melihat pemandu kereta terbabit menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

Remaja yang bekerja sebagai tukang cat itu mengalami patah kaki kanan akibat kejadian bagaimanapun bersyukur kerana terselamat. Hmetro

Post a Comment

4 Comments

  1. yg duk main basikal tepi jalan saper suruh

    ReplyDelete
  2. Mengikut kata Polis yg pandai ni, pemandu bawa kereta tak laju maknanya mungkin sekitar 40 - 50 kmj sahaja. Yang salahnya ialah Arwah bebudak tu yang ubah suai basikal mereka sehingga boleh memecut bagitu punya laju. Mungkin mereka telah memotong kereta tersebut dan tetiba memberek betul2 didepan kereta tu dan dia tak sempat membrek. Lagi pun itu kan tanah perkuburan mungkin pemandu nie telah di kaburkan matanya oleh hantu hingga tak nampak Arwah bebudak tu. Make sense kan. Siapa yang kelakar, cerita saya atau Pegawai Polis tu? Lagi pun melanggar belakang kenderaan tidak berinjin memang tak salah

    ReplyDelete
  3. mula-mula nak bantai admin walaunta ni...nak tanya dia ahok ke tidak...tapi kena lanjutkan plak kat anon 2:11...anon 2:11 tak penah bawak keta memalam rasanya...sebab tu macam bodoh je cerita dia...

    tukang cat yang selamat ni memang hebat mata dia...lampu screen handset dia boleh nampak walaupon kereta tu pasang lampu depan...cerita kartun la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko la melaun. Dh budak tu nampak. Yg ko sibuk nak Pertahan driver kereta apehal. Sedara ko ker?

      Delete