Pelajar Sekolah Terengganu Diklasifikasi "Merusuh Sepanjang Tahun Lalu"


Seramai 47 pelajar sekolah di seluruh Terengganu terlibat dalam kes buli dan bergaduh yang diklasifikasikan sebagai merusuh sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Ab. Rahman berkata, ia merupakan kenaikan 80.8 peratus berbanding 26 kes sama yang telah dicatatkan pada tahun 2015.

Beliau berkata, kesemua pelajar sekolah yang ditahan kerana merusuh terbabit merupakan sebahagian daripada 135 juvana didapati terlibat dalam jenayah kekerasan dan kecurian harta benda sepanjang tahun 2016.
"Selain itu, sembilan remaja di tahan atas siasatan kes rogol, cabul kehormatan (dua), bunuh (dua), mencederakan (12) dan ugutan jenayah (satu).
"Seramai kes mencuri motosikal pula mencatatkan penahanan 30 suspek juvana, mencuri (20), pecah rumah (10) dan curi motokar (satu)," katanya selepas menghadiri program Hadiah Kasih Sayang di Sekolah Menengah Kebangsaan Belara, Manir dekat sini hari ini

kosmo

Post a Comment

0 Comments