Logo Parti Azwan Ali Macam Mana Agaknya Ye ?


Selebriti kontroversi Azwan Ali akan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum 9 Mei depan berdepan abangnya Azmin, yang juga menteri besar sementara Selangor.

“Saya tetap akan cari di mana lubang Azmin Ali bertanding, di situlah saya akan bertanding. Saya akan masuk di mana kawasan dia ada,” kata Azwan yang turut dikenali sebagai Diva AA kepada Malaysiakini hari ini.

Azmin (atas) adalah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dan parlimen Gombak.

Beliau mengakui kempennya nanti lebih peribadi.

“Saya nak telanjangkan Azmin Ali. Dia akan ditelanjangkan. Itu antara manifesto saya,” katanya yang sering mengkritik saudara kandungnya itu. 

'Memang nak keruhkan hubungan'

Ditanya sama ada langkah itu hanya akan mengeruhkan hubungan kekeluargaan mereka, Azwan mengakui perkara itu.

“Tidak, memang nak keruhkan. Memang nak bagi rakyat tahu siapa bangsat itu. Sekurang-kurangya undi berpecah, (antara) nak sokong dia, kerajaan atau adik yang sungguh-sungguh nak jatuhkan dia ini,” kata Azwan lagi.

Azwan sebelum ini membuat laporan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan dakwaan rasuah abangnya itu.

Sumber : Malaysiakini

Post a Comment

3 Comments

  1. logo sotong la apa lagi, tu yg sesuai utk dia.

    ReplyDelete
  2. Siapa Azwan Ali nak meletakkan dirinya berbanding sebagai calun bebas atau apa sekali pun. Dia bukan manusia kalibar yang boleh dicontohi, sebaliknya beliau penuh dengan kepuraan kerana menjadikan politik sebagai sandaran memusnahkan karier seseorang. Nyata sekali beliau mencuri kesempatan menyertai BN untuk puaskan hasrat kejinya dan samasekali beliau membuang masa dalam juang politik kepartian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ko amik serius tu apehal dooooo

      Delete