Dr Maza - Daripada Gembira Kerajaan Harapan, Kini Sentimen Perkauman Semakin Meningkat


Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) dinasihat bertindak segera mengetepikan sesetengah pemimpin parti yang dianggap merosakkan aspirasi rakyat yang membawa mereka menjadi kerajaan pada hari ini.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata pempimpin terbabit - yang digelarnya sebagai virus - mula menyebabkan ramai orang kecewa.

Lebih malang kata Mohd Asri perbuatan mereka itu membenihkan perasaan kebencian kaum dan boleh membawa bahaya lebih besar.

Daripada rasa gembira dengan HARAPAN ia mula menjadi sentimen perkauman yang tinggi.
Setiap saat kita melihat perasaan ingin bangkit dalam kalangan majoriti rakyat bagi membalas tindak-tanduk perkauman itu mula merebak.

Justeru kata Mohd Asri jika pihak terbabit tidak diketepikan, ia boleh membawa konflik perkauman yang lebih parah dan sukar ditangani.

Bak kata pepatah yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


Hormati apa yang sepatutnya

Kenyataan Mohd Asri itu merujuk kepada beberapa perkembangan dalam kerajaan HARAPAN akhir-akhir ini.

Antaranya isu ekstradiri penceramah dari India, Zakir Naik; kedudukan orang Melayu sebagai pendatang dan tuntutan supaya menteri meletak jawatan kerana tidak memenuhi kehendak kumpulan tertentu.

Untuk rekod Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran yang membuat kenyataan kontroversi mengenai status pendatang dan penduduk asal negara ini sudah memohon maaf hari ini.

Sementara itu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham Ong Boon Piow semalam memohon maaf secara terbuka kerana menuntut kedudukan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dikaji semula.

Mohd Asri berkata semua tindakan terbabit membakar perasaan perkauman di kalangan rakyat negara ini ketika ramai yang ingin melihat Malaysia ditadbir dengan lebih cemerlang, adil dan berintegriti.

Katanya menjunjung perlembagaan dan menghormati apa yang patut perlu diamalkan semua pihak kerana atas dasar itulah rakyat di negar aini memenangkan HARAPAN pada pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu.

Namun katanya selepas mencapai kemenangan ada pihak yang mahu merosakkan masa depan negara.

Mereka sepatutnya menumpukan kepada usaha mengukuhkan semula rakyat selepas PRU, tetapi malangnya mereka sibuk dengan isu yang boleh membawa kepada krisis perkauman dan agama.
Mereka itu merupakan virus dalam HARAPAN yang mesti dibuang segera.

Sumber : MK

Post a Comment

1 Comments

  1. apa boleh buat ... dah dari dulu sejak bermulanya pakatan rakyat dulu dimana dinegeri-negeri dimana suara pihak sebelah sana lebih tinggi dah mula berlaku isu seumpama ini, tapi orang awam yang masih 'buta mata dan hati' masih lagi nak memilih pihak yang amat 'kurang ajar' untuk memegang tampuk pemerintahan. Kini diorang kena tanggung akibat nya yang akan terus ditimpakan kepada keturunan diorang. Tengoklah nanti bila orang melayu akan dijadikan seperti pendatang dan bukan warga asal. manakala orang yang 'menumpang' akan lebih berkuasa. Ketika itu si 'buta mata dan hati' akan meletak kesalahan kepada siapa pulak

    ReplyDelete