Parti Amanah Negara (AMANAH) telah menghantar 20 nama calon pimpinan parti itu bagi mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Presiden AMANAH Mohamad Sabu tidak menolak kemungkinan ada perubahan di saat akhir sebelum majlis angkat sumpah yang dijadualkan pada 2 julai ini.

Ketika ditanya media sama ada Mohamad berpuas hati dengan pembentukan kabinet itu, beliau enggan memberi komen memandangkan pembentukan kabinet belum diumumkan lagi.

“2 hari bulan akan umum dan angkat sumpah mungkin ada perubahan saat akhir,” katanya kepada media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri AMANAH di Bukit Katil Melaka hari ini.

Beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan perdana menteri untuk menentukan nama-nama yang dihantar itu bagi jawatan menteri dan timbalan.

Sumber : MD