Mat Sabu - "Lantikan Kabinet... Mungkin Ada Perubahan Saat Akhir"


Parti Amanah Negara (AMANAH) telah menghantar 20 nama calon pimpinan parti itu bagi mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Presiden AMANAH Mohamad Sabu tidak menolak kemungkinan ada perubahan di saat akhir sebelum majlis angkat sumpah yang dijadualkan pada 2 julai ini.

Ketika ditanya media sama ada Mohamad berpuas hati dengan pembentukan kabinet itu, beliau enggan memberi komen memandangkan pembentukan kabinet belum diumumkan lagi.

“2 hari bulan akan umum dan angkat sumpah mungkin ada perubahan saat akhir,” katanya kepada media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri AMANAH di Bukit Katil Melaka hari ini.

Beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan perdana menteri untuk menentukan nama-nama yang dihantar itu bagi jawatan menteri dan timbalan.

Sumber : MD


Post a Comment

2 Comments

  1. ada mp yg ura2 nak jadi timbalan menteri, PA mp ni dah sibuk layan profile co ular2 asal umno dan jenis baru belajar jadi ular. Mp ni pun aku pelik gak, yg dia dok layan ular2 ni apa kes. Jgn nnt makan x habis. Org perati je skang ni. Org undi utk perubahan. Tapi kalau camni, satu penggal je la mp ni kat sini. Sini tukar mp cam tukar baju je klau x kenan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi cerita direct la bro... ko berkias pun guna nama anon jugak...

      Delete