Katanya berlaku ditaiping, semua tertuduh masih dibawah umur dan paling sadis rogol pelajar umur ting.1. Kami kuat mengatakan, ini adalah pengaruh daripada porno dalam laman sosial dan pelbagai lagi sesawang yang tidak disekat oleh pihak kerajaan. Kami menuntut kerajaan baru dibawah gobind meningkatkan tahap sekatan terhadap laman porno.
Astroawani menyatakan, Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah kosong dan beberapa lokasi lain di sekitar Kamunting kira-kira jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang pada 18 hingga 25 September lalu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sehingga 30 tahun jika sabit kesalahan.
Kesemua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), M.Kathan.
Majistret Mohd Hairol membenarkan ikat jamin RM3,500 untuk tujuh tertuduh yang berdepan dengan satu pertuduhan, RM4,000 kepada dua remaja yang menghadapi dua pertuduhan dan RM6,000 untuk seorang tertuduh yang didakwa atas tiga pertuduhan.
Mahkamah turut menetapkan jaminan bersyarat terhadap kesemua tertuduh agar tidak mendekati dan mengganggu mangsa sepanjang tempoh prosiding berlangsung sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 28 November depan bagi tujuan lantikan peguam dan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Kesemua suspek berusia 15 hingga 17 tahun itu ditahan dalam serbuan di sekitar Kamunting dan Taiping di antara pukul 9 dan 11.30 malam Khamis minggu lalu.
Empat daripada mereka masih bersekolah manakala selebihnya sudah berhenti sekolah.
Tangkapan kesemua suspek dijalankan selepas laporan polis dibuat mangsa di Balai Polis Kamunting pada 26 September lalu.
1 Comments
Knp bab2 begini melayu cepat betul cemerlang? Sama tahap dgn terbaik di dunia...
ReplyDelete