Zuraida Dah Kenapa Ni?

Sebelum nak menyelamat, bomba kena minta pelan struktur dengan KPKT, sepatutnya KPKT memberi segala maklumat setiap bulan kepada bomba supaya bomba dapat bertindak dengan cepat sekiranya berlaku kemalangan! Apakah staf KPKT mampu bersiap sedia dalam tempoh 24jam.

Setiap pembangunan yang dijalankan juga, kami rasa pihak bomba turut terlibat untuk memastikan pembangunan dibangunkan mengikut spesifikasi keselamatan yang digariskan oleh pihak bomba.

Menteri, please fikir sedalamnya sebelum keluarkan statement!

Menurut astroawani, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menetapkan satu prosedur operasi standard (SOP) bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam menjalankan operasi penyelamatan di air.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata pasukan bomba perlu mendapatkan pelan struktur sesebuah kawasan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum turun menjalankan kerja penyelamatan mangsa di dalam air.

Ini bagi mendapatkan gambaran awal struktur dan keadaan kawasan berkenaan sebelum operasi dijalankan.

"Sebab itu, di masa hadapan, sebelum bomba turun buat kerja penyelamatan, perlu pergi ke PBT ambil pelan struktur longkang atau sungai supaya tahu struktur sama ada landai, ada batu atau lumpur," kata Zuraida.

Beliau dalam pada itu menafikan dakwaan kerja penyelamatan ke atas remaja 17 tahun hingga meragut nyawa enam anggota bomba Rabu lepas dilakukan tidak mengikut SOP yang ditetapkan, bahkan semua SOP diikuti termasuk membuat rantaian manusia, menggunakan tali dan sebagainya.

Susulan kejadian, satu mesyuarat post-mortem bersama JBPM akan diadakan dalam tempoh terdekat sebelum laporan dapat dibentang kepada jemaah menteri.

Sementara itu, beliau berjanji untuk memperjuangkan elaun kritikal bagi anggota bomba yang bertugas dalam situasi berisiko.

Walaupun ada pandangan yang mendakwa elaun Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) rendah, namun elaun dan skim tambahan lain turut diperoleh oleh pasukan bomba.

Post a Comment

1 Comments

  1. Bomba : hello, kpkt ke ni. Kami nk dptkn plan struktur sungai ni.

    Kpkt : kenapa bang, ofis tutup ni malam2.

    Bomba : habis tu, mcm mana kami nk terjun ni.

    Kpkt : esk pagi ofis buka. Staf sy jer tahu ni. Sy pegawai baru.

    Bomba : [bingung]

    ReplyDelete