2 Hari Ibu Leha Mencari Anak Hilang, Sedihnya Ditemui Mati Dalam Kereta Jiran


Walaupun perkara ini berlaku di luar malaysia tetapi boleh dijadikan iktibar kepada ibubapa diluar sana. Jangan membiarkan anak bermain keseorangan diri terlalu lama. Walaupun kita tahu anak kita sudah pandai membawa diri dan akan kembali ke tempat pangkuan kita. Mata kita tidak boleh leka sehingga terlupa si manja belum pulang ke rumah. Pelbagai musibah boleh berlaku.

TheReporter | Seorang kanak-kanak lelaki berusia lingkungan 5 tahun ke bawah ditemui mati dalam kereta pada Sabtu lalu.

Mangsa dipercayai terkunci selama dua hari di dalam kereta yang diletakkan di sebuah kawasan tanah lapang milik pengurusan pangsapuri berdekatan, di Jakarta Utara.

Pesuruhjaya Polis Mustakim dari Agensi Siasatan Jenayah, Daerah Metro, berkata, mayat mangsa ditemui oleh pemiliknya, Afandi, 26, yang ketika itu menggunakan kenderaan itu.

Afandi berkata, dia terkejut ketika dia mahu meletakkan beg tangannya di kerusi, ternampak mangsa yang sudah berada dalam keadaan tidak bernyawa.

Berdasarkan pengakuan saksi (Afandi), individu terakhir yang menggunakan kenderaannya ialah kakak iparnya, Ruslan. Namun, Ruslan telah menyerahkan kereta itu kepada Afandi pada hari Jumaat, 19 Oktober, jam 1 petang.

Ruslan dipercayai terlupa mengunci pintu kereta sehingga mangsa yang ketika itu sedang bermain berjaya membuka pintu kereta lalu masuk ke dalamnya.

"Mangsa bermain-main dan membuka pintu kereta. Apabila sudah berada di dalam, pintu kereta secara automatik tertutup. Mangsa cuba beruhasa membuka pintu, tetapi gagal sehingga dia ditemui dalam keadaan sudah tidak bernyawa," katanya. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Cipto Mangunkusumo untuk dibedah siasat.

"Mangsa maut kerana kepanasan dan kehabisan oksigen," kata  Mustakim yang juga mengesahkan mangsa bukan ahli keluarga pemilik kenderaan itu. Sebaliknya, mangsa adalah anak kepada salah seorang penghuni di pangsapuri itu. 
"Bapa mangsa tiada hubungan dengan pemilik kenderaan kerana pemiliknya hanya meletakkan keretanya di tanah kosong milik pengurusan pangsapuri," katanya. 

Difahamkan, mangsa telah dilaporkan hilang selama dua hari, keluarganya juga telah membuat laporan polis. Ibu mangsa juga ada memuat naik status di media sosial meminta orang ramai membantu mencari anaknya yang hilang pada jam 4.30 petang Jumaat lalu.

"Jam 4 petang Jumaat, saya memberinya makan. Selepas itu, dia minta tukar baju pada neneknya dan terus keluar," kata ibu mangsa, Leha. 
Ketika kejadian, suaminya tiada di rumah kerana sedang bekerja. Sementara neneknya mula gelisah apabila mangsa tidak kembali ke rumah. 
"Kebiasaannya setiap 10-15 minit, dia akan kembali. Anak kecil, biasalah, dia cuma pergi ke warung minta jajan. Cuma dalam kejadian ini dia pergi lebih jauh," katanya. 

Keluarga mangsa dan jiran tetangga turut berusaha mencari mangsa. Berita kehilangannya turut disebarkan di media sosial. Sehinggalah Sabtu lalu, Leha dimaklumkan mayat anaknya ditemui dalam kereta yang diletakkan kira-kira 200 meter dari rumahnya.

Leha tidak menyangka anaknya boleh pergi sejauh itu kerana anaknya tidak berani berjalan jauh tanpa ditemani orang dewasa.

Post a Comment

1 Comments

  1. Sbb tu aku galakkan ajar budak2 cara buka pintu, cara kunci pintu. At least if dia tsangkut kt dlm. Dia tau cr nk kluar

    ReplyDelete