Rasanya isu tiba-tiba smartphone bertukar menjadi smartbangang kepada pengguna bukan perkara baru, cumanya pengguna tidak tahu punca sehinggalah hari ini apabila ramai cerdik pandai selok belok code, maka mereka membuat report sebab kenapa smartphone mereka menjadi perlahan selepas menerima kemaskini terkini daripada pengeluar smartphone yang digunakan.

Rakyat Malaysia... Buat Laporan Atau Tunggu Lazada Sales beli smartphone baru.. Semestinya sales lazada lebih menarik perhatian daripada membuat report polis. Isu nak salahkan najib pun belum selesai, inikan nak saman syarikat telekomunikasi gergasi..

Astro Awani | Syarikat telekomunikasi gergasi Apple dan Samsung didenda berjuta Euro oleh pihak berkuasa Itali atas kesalahan memaksa orang ramai membeli produk terbaharu mereka.

Pihak Berkuasa Anti-Persaingan Itali dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kedua-dua syarikat itu dengan sengaja tidak memberikan kemaskini sistem operasi pada produk lama mereka.

Apple didenda 10 juta Euro atau RM48 juta manakala Samsung, 5 juta Euro (RM24 juta). Apple dikenakan denda lebih tinggi kerana syarikat tersebut gagal memberitahu pelanggan mereka tentang jangka hayat bateri iPhone.

Samsung memberitahu pemilik telefon Note 4 untuk memasang versi baru sistem operasi Android Google yang dikhususkan untuk telefon model lebih baru, Note 7, tetapi ia mengakibatkan kelambatan sistem model lama itu.

Begitu juga, Apple memberitahu pemilik iPhone 6 supaya memasang sistem operasi yang direka untuk iPhone 7, membawa kepada masalah bagi pemilik model lama itu.

Pihak berkuasa Itali itu telah memulakan penyiasatan pada Januari susulan aduan pelanggan.