Kami cuba memahami pemikiran mujahid yang cuba mengubah struktur pola masyarakat islam yang suka bersenggama tanpa ikatan sah dipremis sendiri atau dengan kata lain rumah sendiri. Tidak dinafikan mengadakan hubungan sulit adalah dilarang dalam islam tanpa ikatan sah.
Masalahnya, mampukah golongan mereka menahan nafsu apabila digoda, diusap, dimanja pada malam hari. Dan sekiranya, kaum keluarga itu sendiri membuat aduan supaya penguatkuasa agama menangkap berikutan mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Adakah penguatkuasa akan lepas tangan.
Kami jangkakan satu lagi uturn bakal dibuat oleh menteri mujahid.
Malaysiakini menyatakan, Jabatan agama Islam negeri-negeri mungkin tidak lagi menjalankan serbuan ke atas premis persendirian yang disyaki menjadi lokasi khalwat atau maksiat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof berkata pihaknya percaya apa yang dilakukan oleh orang Islam di tempat tertutup bukan urusan kerajaan.
"Katakanlah anda melakukan sesuatu maksiat secara peribadi, dalam ruangan peribadi, saya takkan masuk campur.
"Sebagai contoh mengambil arak salah untuk orang Islam tetapi kalau seseorang itu meminumnya dalam tempat peribadi maka di pihak kerajaan saya takkan campur tangan," katanya dalam temu bual yang disiarkan The Star hari ini.
Menurut beliau apa yang menjadi kebimbangan kerajaan ialah sesuatu tindakan atau kesalahan yang dilakukan di khalayak ramai sehingga mengganggu sensitiviti atau menyentuh isu perundangan atau jenayah.
Katanya jika keadaan itu berlaku barulah kerajaan akan masuk campur.
Katanya pihak berkuasa Islam bukanlah mahu menjadi polis moral tetapi kerana ingin memastikan ruang awam sentiasa terpelihara.
Berfikiran konservatif
Keadaan sama, kata Mujahid, berlaku pada kes-kes yang melibatkan insiden disyaki khalwat.
Menurut anggota parlimen Parit Buntar itu beliau berharap kejadian seperti memecahkan pintu premis bagi menangkap suspek khalwat tidak lagi berlaku pada masa depan.
"Isu penguatkuasaan ke atas kesalahan khalwat disalahgunakan dan dalam sesetengah kes, dieksploitasi.
"Penting untuk mereka (pegawai penguat kuasa) tidak campur tangan dalam ruang individu," katanya.
Mengakui tindakan membuat serbuan sebegitu terletak dalam bidang kuasa jabatan agama Islam negeri, Mujahid menjelaskan, beliau sedang berhubung dengan agensi terbabit untuk meyakinkan mereka supaya mengambil pendirian sama dengan Putrajaya.
Dalam temu bual itu Mujahid juga mengakui beliau berdepan tugas berat untuk mengubah imej kementerian yang diketuainya sekarang.
The Star kemudian memetik kenyataan Mujahid yang berhasrat mengubah pemikiran kakitangan kerajaan yang "berfikiran konservatif" dengan berhasrat mempertahankan Islam mengikut kefahaman mereka saja.
Pada masa sama katanya beliau perlu bertegas dengan prinsip Islam sebagai rahmatan lil alamin (rahmat untuk seluruh alam).
"Naratif kami mengenai Islam akan diterjemah ke dalam dasar-dasar kerajaan, semua kegiatan perundangan Islam dan hubungan dengan agama lain.
"Kecintaan kepada Islam tidak mengancam kepentingan orang ramai atau perpaduan dan keharmonian negara," katanya.
5 Comments
Mujahid... Mu dah jd mujahat.
ReplyDeleteIni statement bangang..Dr Mujahid awal lagi cakap penguat kuasa tidak pergi geledah setiap rumah orang kecuali terdapat lapuran.. statement ini pun tak faham lagi ke, atau sengaja nak merosakkan nama menteri Agama?
ReplyDeleteOrang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebagian dengan sebagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang makruf dan mereka menggenggamkan tangannya.
ReplyDeleteMereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka.
Sesungguhnya orang-orang munafik itulah orang-orang yang fasik.
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain.
Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Barang siapa yang mengikuti langkah-langkah setan, maka sesungguhnya setan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar.
Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah mereka dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).
bagi tambah banayk makssiat disekelling anda
syabas oatak mujahat ni
kalau sebelah rumah anda ada orang buat maksiat anda biarkan
tu tanda anda tak ikut perintah Allah dalam bab cegah mungkar
kalau mampu cegah ngan tangan (kuasa)
tak mampu ngan tangan guna mulut
ngan mulut pun takut - benci dalam hati
bukan buat tak retiii n suka hati ngan mungkar
apa guna Allah bagi kuasa kalau takut nak bertindak
sia sia
seronok bnaayak pengikut Iblis
Panjang2 komen tapi tak baca fakta sebenar apa yang mujahid cakap. Cuba baca stetment dia betul2. Janganlah burukkan orang kalau kemunafikan itu jatuh pada diri sendiri.
DeleteMakin teruk Malaysia dibawak Pakatan MUNAFIQ TEGAR dan Kapir Harbi DAPigs
ReplyDelete