Berkelahi Kerana Pangkat 'Datuk'

Bila mendapat sesuatu pangkat, semestinya perasaan riak akan ada dalam hati walaupun sedikit. Kalau tidak penerima itu, mungkin anak, isteri, keluarga terdekat akan berasa kelainan dengan pangkat tersebut. Namun, jika pangkat yang diberi adalah kerana sumbangan yang tinggi terhadap negeri tersebut, tidak salah untuk menerimanya.

Apa yang dipraktikkan DAP dilihat supaya ahli mereka tidak hanyut dibuai mimpi mewah. Satu inisiatif yang bagus. Tetapi terdapat perbezaan pendapat antara ahli DAP dengan arahan tertinggi DAP. Dimana mereka meminta CEC memaklumkan kepada pihak istana berkaitan status pangkat untuk ahli DAP.

Malaysiakini | DAP memberi amaran terakhir kepada wakil rakyatnya yang dilihat berbeza pendapat mengenai isu penerimaan darjah kebesaran yang tidak dipersetujui parti itu.

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengingatkan mereka agar tidak memanjangkan isu tersebut atau berisiko menghadapi tindakan disiplin.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Loke berkata jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) DAP adalah pihak tertinggi parti dan sesiapa mencabar arahannya akan dilihat terkeluar daripada "garisan parti".

"Apabila anda terkeluar dari garisan, parti akan bertindak. Semudah itu," katanya.

Loke mengulas kenyataan Pengerusi DAP Melaka Tey Kok Kiew bahawa CEC bukan sahaja perlu memaklumkan kepada anggota parti itu mengenai peraturan berkenaan, malah perlu berbuat demikian kepada pihak istana.

Semasa sidang akhbar hari ini, Tey juga mendakwa beliau telah memaklumkan kepada beberapa pemimpin pusat DAP, termasuk Loke mengenai gelaran yang diterimanya daripada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Mengakui Tey ada memaklumkan kepadanya, Loke menegaskan beliau telah menasihatkannya bertemu Mohd Khalil bagi menjelaskan pendirian DAP.

"Dia tahu pendirian parti, malah saya memintanya untuk merujuk garis panduan DAP Pulau Pinang mengenai pemberian gelaran itu. Dia tahu mengenainya sejak Julai lalu.

"Dalam bulan Oktober, dia memanggil saya untuk memaklumkan bahawa dia ditawarkan (gelaran Datuk) dan saya menasihatinya untuk menemui Yang Dipertua Negeri bagi mengucapkan terima kasih secara peribadi dan menolaknya," katanya.

Loke berkata selepas menerima gelaran berkenaan beliau menemui Tey dan wakil rakyat itu memberitahu tidak sempat menemui Mohd Khalil.

"Masalahnya dia tidak memaklumkan kepada kami sebelum menerima gelaran itu.

"Tidak ada seorang pun dalam parti tahu bahawa dia menerima gelaran itu. Tiada rundingan dibuat. Saya hanya tahu mengenainya dari laporan media," kata Loke.

Contohi Lim Guan Eng

Loke menyebut setiausaha agung DAP Lim Guan Eng sebagai contoh pemimpin yang tidak memerlukan sebarang anugerah walaupun berkecimpung dalam politik sejak sekian lama.

"Beliau (Lim) menjadi ketua menteri selama 10 tahun. Beliau tidak pernah menerima sebarang gelaran bahkan sebagai ketua kerajaan negeri.

"Jangan beritahu saya mereka tidak mengenali beliau sebagai ketua kerajaan negeri, yang sepatutnya ditawarkan anugerah dan gelaran.

"Tetapi sejak 10 tahun lalu, sejak tahun 2008, tiada exco DAP yang menerima sebarang gelaran - pendirian itu semua orang tahu," kata Loke.

Loke berkata Tey dan lain-lain pemimpin DAP yang menerima darjah kebesaran, boleh menyimpan gelaran 'Datuk' mereka.

Bagaimanapun beliau meminta mereka menerima baik teguran parti.

Malah, katanya, CEC hanya membuat teguran dan tidak memasksa mereka memulangkan gelaran berkenaan.

"Kepada Tey, jika dia mahu simpan gelaran Datuknya, cakap saja. Kami tidak akan menghalangnya. Pada masa akan datang kalau saya jumpa denganya saya akan memanggilnya 'Datuk' Tey Kok Kiew," kata Loke, yang juga menteri Pengangkutan

Post a Comment

6 Comments

  1. Patut istana kena tapis.. Bg pd btul2 layak.. Bknnya ikut kuota tahunan

    ReplyDelete
  2. Yg parti melayu islam..relax jer.. Tanpa rasa berslh kot

    ReplyDelete
  3. Isu pengurniaan Dato ini sudah menjadi lawak jenaka antara sesetengah rakyat. Sebab Ketua puak2 gengster pun ada yang bergelar Dato.

    Etah di gelar sendiri ke apa, tak tau. Tapi laporan berita ada menyebut Polis menangkap depa pun menggelar depa Dato. Dato apekedarah nya kalau depa ketua puak2 gengster?

    ReplyDelete
  4. Ada di beritakan dulu orang yang menuntut dia "Sultan Sulu", diam di selatan Flupina, ada menjual gelaran "Dato". Di buat nya "istiadat mengurnia" di rumah nya di Sulu, selatan Philippines.

    Yang bukan ketua puak gengster pun di katakan ada membeli Dato itu. Maka berteraburan lah orang yang d gelar Dato di Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Di Malaysia, ada kerajaan negeri yang mentugaskan seorang dari Penolong2 Setiausaha kerajaan nya menyediakan senarai calon2 pingat dan gelaran di hari keputeraan ketua negeri itu.

    Maka berterabur lah dia mencari calon2 tiap tahun. Termasuk lah pelakun filem, pelawak, dsb nya. Maka di beri kerajaan itu gelaran Dato kepada mereka yang tak seberapa khdmat hya kpd masharakat. Termasuk yang umur tak seberapa, menunjukkan tak seberapa sumbangan nya.

    Tapi P Ramlee di anugerah pangkat Tan Sri ha nya selepas dia sudah mati. Pada hal sumbangan nya ke dunia muzik, lagu, nyanyian, berbagai jenis filem dan kebudayaan tidak terhingga. Maaf kata, tak ke kelakar di buat mereka yang "menDatokan atau menTan Srikan" itu.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan yang menyediakan senarai, ketua negeri atau negara yang meluluskan syor2 anugerah itu. Ketua2 negeri atau negara bertindak "di atas nasihat PM atau MB/ Ketua Menteri.

    Ketua2 negeri dan negara boleh mengsyorkan calon2 dia sendiri kpd Kerajaan, di masukkan ke dalam senarai calon2, kemudian di luluskan selepas dipersetujui Kerajaan.

    Ketua2 pentadbir (PM, MB, KM) juga menerima cadangan2 dari pihak2 yang layak mencadang. Kebanyakan nya puak2 politik. Itu lah sebab nya hampir kesemua Ketua Bahagian Umno dapat anugerah Dato.

    Ada juga cerita2 "Dato beli". Termasuk dari "Sultan Sulu" itu. Dulu ada juga berita berkenaan si polan yang mendakwa dia "keturunan Sultan Melaka". Mungkin dia pun "menjual Dato". Berteraburan lah Dato di negara ini. Berkelahi lah sesetengah nya antara mereka.

    ReplyDelete