Bila Ahmad Maslan Sukar Nak Hadam....

Astro Awani | Kenapa ramai pemimpin UMNO yang diheretkan di mahkamah dan ramai pemimpin Pakatan Harapan (pula) dibebaskan, soal Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini.

Ahmad yang menyifatkan tindakan yang diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bermotifkan politik dan merupakan satu pendakwaan terpilih.

“Ini yang saya nak ulang kenapa ramai pemimpin UMNO yang diheret ke mahkamah dan pemimpin mereka seorang demi seorang dibebaskan.
“Ini adalah bukti tindakan berpilih. Kita minta kerajaan hentikan pendakwaan terpilih ini dan kita maju ke hadapan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

SPRM hari ini telah menahan bekas Ahmad Zahid kira-kira jam 3.15 petang tadi.

Beliau ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya berhubung salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana sebuah yayasan.

Bekas timbalan perdana menteri itu akan menghadapi beberapa pertuduhan dibawah Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyan Kuala Lumpur  pada Jumaat  untuk pertuduhan tersebut.

Sementara itu, Ahmad berkata, Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan bahawa Ahmad Zahid akan kekal sebagai presiden.

“Kita ada mesyuarat malam tadi. Dipengerusikan oleh Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Dan kita memutuskan bukan sahaja Ahmad Zahid kekal sebagai presiden, bahkan menyokong beliau," katanya.

Post a Comment

4 Comments

  1. Saper xknl mat maselan ni.. Last2 buat muka bingung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan! Hahaha.. Hujung-hujung dia acah-acah bongok je nanti. Eh kalau tak suka jangan duk Mesia katanya.

      ***

      Agen jualan seluruh Malaysia diperlukan. Sila hubungi 01162003969 untuk maklumat lanjut.

      http://jerukcherating.blogspot.com http://instagram.com/jerukcherating

      Delete