Bila Isteri Kongsi Gambar Madu "Mesra Bersama".

The Reporter | Kenyataan itu mungkin sukar diterima segelintir wanita tetapi tidak kepada Sherilyn Aidala apabila meluahkan isi hatinya di Facebook peribadinya hingga tular di media sosial dan meraih lebih 2,000 perkongsian dari netizen serta menerima 2, 800 tanda suka.

Mengimbas semula kisah hidupnya, dia menyatakan tanpa madunya, dirinya tidak akan berada seperti mana hari ini.

Kata ahli perniagaan itu, madunya ibarat sahabat, adik-beradik yang berada disisinya ketika susah dan senang.

"Terima kasih ALLAH SWT kerana memberikan aku hati untuk merasa sayang kepada orang yang hadir dalam hidupku. Disaat tidak semua orang mampu untuk merasakan apa yang aku rasa...

 "Orang harus tahu, bukan mudah untuk bahagia kerana ia memerlukan ilmu dan proses yang perlu dilalui," katanya.

Menurutnya, ia bermula dalam diri untuk lebih menyayangi, dikasihi dan menjauhkan kebencian serta kekerasan.

"Jika apa yang ada ini tidak cukup membuat manusia itu bahagia? Untuk apa Tuhan mahu memberinya lebih, mungkin Tuhan menghantar kesusahan demi kesusahan, kehilangan demi kehilangan, agar manusia mula menyedari dirinya dikelilingi kasih sayang selama ini," katanya.

Jelasnya, dia sentiasa mengingati pesanan para guru tentang kebahagian serta perlu menerima takdir dalam hidup.

"Titik tolak kebahagiaan hidup aku bermula daripada aku mula belajar mengenal diri, menggali ilmu lebih mendalam.

"Banyak sangat sebenarnya ilmu yang orang ramai tidak tahu, sama seperti aku dahulu. Ilmu hati dan psikologi tentang manusia sangat penting untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Terima kasih ALLAH kerana menghantar orang yang membimbing aku," katanya.

Dalam pada itu, katanya, turut menzahirkan ucapan maaf jika perkongsiannya menguris hati pembaca kerana ia adalah pengalaman hidupnya.



Post a Comment

3 Comments

  1. untunglah nasib badan. siapa suami dia ni. aku nk menuntut ilmu dgn dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. )

      :(

      hihi

      :-)

      :D

      =D

      :-d

      ;(

      ;-(

      @-)

      :P

      :o

      :>)

      (o)

      Delete
  2. DAMNNNNN.... dua2 cantik dowh!!!

    ReplyDelete