Bunuh Diri Elak Hubungan Intim

Biasa kita dengar bila bersangkut dengan india adalah mangsa rogol beramai-ramai. Sampaikan ada yang bakar diri, bunuh diri dan pelbagai lagi. Tetapi kali ini agak pelik, juga berlaku di india.

Astro Awani | Seorang lelaki nekad membunuh diri kerana tidak sanggup lagi melayan desakan rakan sekerja wanita yang mahu melakukan hubungan intim bersamanya.

Sachin Mitkari, 38, yang bekerja di sebuah hospital di wilayah Parbhani bersama-sama wanita berkenaan, ditemui mati tergantung di rumahnya, semalam.

Mayat mangsa ditemui jiran tetangga yang kemudian menghubungi pihak polis.

Sekeping nota bunuh diri turut ditemui di sisi mangsa yang mendakwa rakan sekerjanya itu sering menggangu dan mendesak dirinya supaya melakukan hubungan intim.

Wanita itu turut dikatakan berdegil mahu menjalin hubungan dengan Mitkari walaupun mengetahui mangsa telah berkahwin.

Siasatan lanjut berhubung kes berkenaan kini sedang dijalankan

Post a Comment

2 Comments