Derma RM2.5juta, PAS Alukan Siasatan Kerajaan Baru

Percepatkan siasatan, jangan kompromi serta percepatkan tindakan hukuman dan bukannya berterusan retorik politik. Sehingga hari ini belum ada pendakwaan yang dijatuhkan hukuman, apa yang ada hanya permintaan menangguh perbicaraan dengan wang jaminan jutaan ringgit.

Malaysiakini | PAS tidak berpuas hati dengan tindakan pemimpin Pakatan Harapan membangkitkan isu dakwaan penyaluran wang kepada parti itu oleh pihak yang dikaitkan dengan Umno.

Tambahan lagi, ia dibuat beberapa hari sebelum hari mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, esok.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad bagaimanapun berkata HARAPAN boleh menyiasat perkara itu kerana telah menguasai kerajaan.

“Dua, tiga hari sebelum pilihan raya dibangkitkan pula isu berkenaan dengan RM2.5 juta derma kepada PAS.

“Tapi kita nak beritahu, awak sekarang ada kuasa.

“AG sekarang bawah awak, polis bawah awak, gabenor Bank Negara bawah awak, SPRM bawah awak dan semua, segala bidang kuasa bawah awak, awak boleh siasat,” katanya.

Idris berkata demikian dalam sidang akhbar di markas induk PAS bagi PRK parlimen itu di Port Dickson hari ini.

Post a Comment

2 Comments

  1. Siasat siapa yg taja pas belanja sakan kempen pru14

    ReplyDelete
  2. Jgn lepas kna pnggl lepaz ni, trus diam membisu

    ReplyDelete