Exco Melaka Buat Hal Lagi.. Kenderaan Rasmi Kerajaan Pulak...

Apakah benar exco melaka bernama norhizam dalam situasi kejutan budaya. Tempoh hari isu bersuara tinggi terhadap orang tua, kemudian menggunakan kenderaan rasmi untuk ambil isteri (kes kereta rosak). Kalau ikutkan, its fine untuk membantu dan mendapat persetujuan. Tetapi masyarakat hari ini mahu melihat ketelusan dalam pentadbiran. Harap DAP dapat menasihat dan meminta norhizam membaca buku pentadbiran secara keseluruhan untuk mengelakkan daripada salahlaku kemudian hari.

AstroAwani | Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee menafikan tuduhan tersebar di laman sosial terhadap isterinya yang didakwa sewenang-wenangnya menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk ke tempat kerja.

Menurutnya, gambar kenderaan berkenaan sengaja disebarkan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan imej serta reputasi beliau sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Kerajaan Melaka.

“Sebetulnya pada tarikh berkenaan, kenderaan peribadi milik isteri saya rosak di tepi jalan ketika beliau dalam perjalanan untuk ke tempat kerja.

"Pada ketika itu, saya berada di luar kawasan bagi menjalankan tugas rasmi kerajaan negeri,” katanya.
Menurutnya, atas sikap tanggungjawab, beliau kemudian memohon pemandunya membantu isterinya membaiki kenderaan tersebut dengan menghubungi mana-mana mekanik terdekat.

“Sebaik mekanik sampai, isteri saya dimaklumkan kerja membaiki kerosakan ambil masa agak lama dan mekanik itu mencadangkan supaya pemandu saya hantar isteri ke tempat kerja yang terletak di MITC (Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka) sementara kenderaan itu dibaiki.

“Pemandu saya dengan penuh berhemah menghubungi saya bagi memaklumkan untuk menghantar isteri saya ke tempat kerja dan seterusnya pemandu saya pulang semula ke pejabat,” katanya.

Norhizam berkata, tidak timbul isu isterinya menggunakan harta kerajaan sesuka hati.

“Dalam hal ini, ia ibarat isteri saya menumpang seketika menaiki kenderaan itu sementara kenderaan milik isteri siap dibaiki.

“Lagipun, isteri saya tidak memandu kenderaan berkenaan sebaliknya yang memandu adalah orang lain, iaitu pemandu saya.

"Penerangan ini diharap dapat memberi pencerahan berhubung dakwaan yang tular di laman sosial,” katanya.

Post a Comment

3 Comments

  1. Ada aje alasan ko. Kalau dlu bkn main ko hentam. Grab xde ker suh amik bini ko

    ReplyDelete
  2. Mamat ni lagi. Hahahahaha.. Pening DAP nk layan kerenah mamat ni.

    ReplyDelete
  3. ramai jer pemandu kerajaan guna kereta bos utk kegunaan peribadi atau famili dlm keadaan darurat....x caye tanya jusa jusa yg dpt kemudahan kereta dan pemandu.....lagi pun masa darurat jer...
    low class rakyat m'sia yg kritik tanpa berfikir...

    ReplyDelete