Jawapan Mukhriz - Kenapa Kerajaan Kedah Beli Volvo


Malaysiakini | Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mempertahankan pembelian kereta Volvo baru untuk kegunaan rasmi.

Menurut Mukhriz, pembelian kereta itu dilakukan selepas membuat perniagaan tukar beli (trade-in) dengan dua kereta lama kerajaan negeri.

“Setelah diperiksa, terdapat beberapa kenderaan lama tidak digunakan sebab rosak, yang didaftarkan bawah pejabat Menteri Besar, saya buat keputusan lupuskan kenderaan itu secara trade in dan diganti kereta baru.
“Sebab itu harganya tak terlalu mahal walaupun ia kereta hybrid. Ini juga menunjukkan kerajaan negeri prihatin isu alam sekitar dan cuba kurangkan penggunaan minyak dan pencemaran udara,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Mukhriz juga mempertahankan penggunaan jenama asing dengan menyatakan pemasangan komponen kereta itu dilakukan dalam negara.

Harga terbaru bagi September meletakkan Volvo S9 T8 pada harga RM368,888 manakala S90 T8 benilai RM388,888.

Harga tersebut tidak termasuk insurans kereta.

Post a Comment

4 Comments

  1. kah kah kah....

    kalau kena kt batang hidung sdiri. byk alasan.

    ReplyDelete
  2. x-) x-) x-) x-) x-) x-) x-) x-) x-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. :P :P :P :P :P :P :P :P

      kira bleh main emoticon ker ni?

      Delete
  3. best la bleh round naik volvo. apa khabar pelotonnnng?

    ReplyDelete