PAS Sedia Berdemo Octoberfest - Kenapa Baru Sekarang ?

Tidak dinafikan oktoberfest membawa keburukan daripada kebaikan, malah jika ia dibenarkan menular dalam masyarakat dibimbangi akan menjadi satu trend baru untuk anak muda yang telah atau baru berjinak minum arak. Persoalannya, kenapa baru sekarang PAS bertindak untuk buat demo sedangkan pesta arak ini telah menular sejak tahun 2014 lagi dalam malaysia. Bermacam pesta arak telah dibuat.

Pesta Arak bukan sekadar pada oktoberfest, malah ia sentiasa berlaku jika terdapat permintaan. Di tempat tertutup di hotel di kota bharu dan terengganu pun kami rasakan ada berlaku pesta arak secara tertutup. Mungkin PAS boleh usulkan pada parlimen dan membuat undian ahli parlimen menolak pengeluaran permit untuk oktoberfest. Tak penat ke berdemo, Hasil zero

Malaysiakini | Jika perlu, kata PAS, parti itu akan mengadakan demonstrasi sebagai langkah menyuarakan penentangan mereka terhadap acara Oktorberfest.

Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata langkah itu perlu diambil sekiranya PAS berpendapat Oktoberfest mengganggu ketenteraman orang Islam.

“Kalau festival Oktoberfest tu boleh menimbulkan rasa kurang menyenangkan dan menimbul ketegangan pihak tertentu, itu diperlu dibantah... mungkin sampai ke peringkat perlu demonstrasi dan kita demonstrasilah," katanya kepada media di lobi parlimen hari ini.

Takiyuddin yang juga anggota parlimen Kota Bharu berkata pada pandangan PAS pengambilan arak memang menjadi hak orang bukan Islam.

Namun katanya ia mestilah dalam keadaan terkawal, tertutup dan tidak mengganggu kepentingan orang lain.

"Kalau boleh dikawal, dalam keadaan apa pun boleh dibenarkan,” katanya.

Takiyuddin berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian PAS berkaitan Oktoberfest.


Kena jaga sensitiviti

Sebelum ini Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad memberi lampu hijau terhadap penganjuran Oktoberfest jika penganjur membuat permohonan bagi mendapatkan permit dan mematuhi semua garis panduan ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Khalid berkata antara garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur ialah orang Islam tidak dibenarkan terlibat dan ia dijalankan di tempat tertutup.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya menentang penganjuran Oktoberfest bagi menjaga sensitiviti orang Islam.

“Itu kita protes, kita tentang. Mesti hormati sensitiviti orang Islam yang merupakan majoriti di Malaysia dan pada masa sama kita hormati agama lain tapi kena jaga sensitiviti,” katanya yang hadir kira-kira 30 minit di parlimen hari ini.

Anggota parlimen Marang itu berkata, sekiranya kerajaan menggariskan peraturan berkaitan acara itu, ia juga perlu dipantau bagi memastikan ia dilaksanakan dengan telus.

“Perlu dilihat perkara itu, peraturan bocor atau tidak,” katanya.

Pesta Octoberfest bermula sejak abad ke-19 lagi walaupun di Malaysia ia hanya diadakan sejak 2014.

Post a Comment

4 Comments

  1. Jangan lupa lebai tertinggi JAMAL

    ReplyDelete
  2. buat jela lebai. dh lama benor marhaen rindu nk berdemo sambil bawa bendera PAS

    ReplyDelete
  3. "katanya yang hadir kira-kira 30 minit di parlimen hari ini."

    kahkahkah...takat tu je la lebai oi...ponteng ponteng ponteng...gaji awak, awak potong banyak sikit, dah kerja monteng je nak amik gaji penuh ke? lebai ni tau agama tak?

    ReplyDelete