Tabung Red Warrior - Kelab Bolasepak Pertama Mohon Derma

Bermula dengan tabung harapan untuk membayar hutang negara, kemudian tabung najib yang mendapat sambutan makcik sehingga gadai gelang emas, seterusnya tabung anak najib untuk najib dan kini kelantan tampil selaku kelab pertama dalam malaysia melancarkan tabung untuk memohon kewangan untuk pengurusan.

Mungkin lebih ideal sekiranya tabung ini dilancarkan bersama fastaqim pas akan datang.

Malaysiakini | Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan melancarkan tabung khas memohon bantuan kewangan bagi pengurusan pasukan itu dalam saingan liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Afandi Hamzah berkata tabung berkenaan dijangka dilancarkan minggu depan.

Katanya ia diharap dapat menyelesaikan masalah kewangan Kafa dan pemilikan lesen persatuan itu dalam saingan Liga-M untuk membolehkan skuad The Red Warriors terus bersaing.

"Kami tidak segan menyatakan Kafa menghadapi masalah kewangan, oleh itu tabung khas ini merupakan salah satu inisiatif kami selain berharap kepada penajaan," katanya ketika ditemui pemberita di Kota Bharu, hari ini.

Afandi berkata cadangan mewujudkan tabung khas tersebut dipersetujui pada Kongres ke-61 Kafa yang diadakan semalam.

"Ia merupakan satu cadangan yang perlu kita lakukan demi nasib bola sepak negeri ini pada saingan Liga-M musim depan.

"Kita tidak tetapkan berapa jumlah kutipan dan hanya akan lancarkan tempoh tabung itu dalam tempoh tertentu sehingga Kafa mampu menyelesaikan masalah kewangan,” katanya.

Menurut Afandi Kafa akan mengumumkan jumlah kutipan tabung itu dari semasa ke semasa selepas ia dilancarkan sebagai makluman kepada penyokong dan penderma.

FAM dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan pasukan Kelantan FA telah ditolak permohonan mereka untuk mendapatkan lesen kebangsaan dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kerana gagal menepati kriteria yang ditetapkan.

FAM - dalam kenyataan sama - berkata bagi membolehkan sesebuah pasukan itu diberikan lesen kelab, mereka perlu melepasi penilaian yang dibuat ke atas enam kriteria utama iaitu kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan yang termaktub dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018.

Post a Comment

2 Comments

  1. Kerajaab negeri xkn xleh bantu langsung. Untung ecobit haritu xckup ker

    ReplyDelete
  2. Peninggañan annuar musa. Umno kelantan patut bangga

    ReplyDelete